tok kirana
journey for a better tomorrow....
Isnin, April 30, 2012
Sorotan Pelancaran KJK Gua Musang
Sekitar majlis Pelancaran Kembara Jalinan Kasih di Padang Awam KESEDAR Paloh 3, Gua Musang, Kelantan oleh YB Datuk Paduka Norzula Mat Diah, ADUN Paloh.
Kembara Jalinan Kasih Gua Musang Dilancar
Y.B. Datuk Paduka Norzula Mat Diah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh hari ini telah menyempurnakan pelancaran dan pelepasan Konvoi Kembara Jalinan Kasih (KJK) anjuran Jabatan Penerangan Malaysia sempena Karnival Komuniti 1Malaysia (K1M) Negeri Kelantan yang turut disaksikan oleh Y.B Abdul Aziz Yusoff, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas dan Y.Bhg. Tuan Haji Ibrahim Abdul Rahman, Ketua Pengarah Penerangan Malaysia.
Dalam ucapannya, Y.B. Datuk Paduka Norzula Mat Diah menyambut baik usaha yang dilakukan oleh Jabatan Penerangan Malaysia dan menyeru usaha murni ini diteruskan pada masa akan datang. Selain itu, beliau turut mengingatkan peserta konvoi KJK untuk menerangkan dasar-dasar serta kejayaan yang telah dicapai oleh kerajaan untuk kemudahan rakyat.
Beliau turut menyampaikan sebanyak 19 sumbangan berupa barangan keperluan harian dan sebuah kerusi roda kepada masyarakat di kawasan Paloh 3, Gua Musang pada majlis tersebut.
Beliau kemudiannya menyertai konvoi KJK melawat ke rumah Puan Che Esah Mohamad yang terlibat di dalam program membaik pulih rumah anjuran Jabatan Penerangan Malaysia. Sebanyak tiga (3) buah rumah telah dipilih untuk program kali ini.
Konvoi KJK yang bermula dari 30 April hingga 2 Mei 2012 bertujuan mempromosikan Karnival Komuniti 1Malaysia (K1M) Negeri Kelantan yang akan dirasmikan oleh Y.A.B Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 4 Mei 2012 di Padang Pusat Sivik, Gua Musang, Kelantan.
Ahad, April 29, 2012
K1M Negeri Kelantan: Ikuti kami di FB & Twitter
Jom ikuti kami di fb 'Karnival Momuniti 1Malaysia (K1M) Negeri Kelantan' atau melalui twitter di #karnivalK1MKlate untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Karnival Komuniti 1Malaysia (K1M) Negeri Kelantan yang akan diadakan pada 3-5 Mei 2012 bertempat di Padang Pusat Sivik, Gua Musang, Kelantan.
Sorotan Persiapan Karnival K1M Negeri Kelantan
5 hari saja lagi!!!
Penduduk di Gua Musang dijemput hadir untuk memeriahkan lagi karnival ini... Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!!!!!
Sorotan persiapan Karnival Komuniti 1Malaysia (K1M) Negeri Kelantan yang akan diadakan pada 3 hingga 5 Mei 2012 di Padang Pusat Sivik, Gua Musang, Kelantan.
Pekerja meratakan simen konkrit untuk dijadikan sebagai laluan bagi memberi kemudahan kepada pengunjung yang hadir.
Pekerja mendirikan khemah yang akan menempatkan pempamer dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta.
Keadaan kawasan Padang Pusat Sivik, Gua Musang yang akan dibaikpulih bagi memberi keselesaan kepada pengunjung.
Penduduk di Gua Musang dijemput hadir untuk memeriahkan lagi karnival ini... Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!!!!!
Raptai Penuh: Pelancaran Kembara Jalinan Kasih di Gua Musang
Tinggal sehari saja lagi!!!
Kembara Jalinan Kasih (KJK) Jabatan Penerangan Malaysia akan dilancarkan oleh YB Datuk Paduka Norzula Mat Diah, ADUN Paloh di Padang Awam Paloh 3, Gua Musang, Kelantan pada 30 April 2012 jam 9 pagi.
Konvoi KJK ini akan menjelajah ke 3 kawasan DUN iaitu Nenggiri, Paloh dan Galas untuk menyampaikan sumbangan kepada golongan yang kurang berkemampuan sempena Karnival Komuniti 1Malaysia (K1M) Negeri Kelantan yang akan diadakan pada 3 hingga 5 Mei 2012 di Padang Pusat Sivik, Gua Musang.
Sebanyak 500 sumbangan berupa barangan keperluan harian akan disampaikan kepada para penduduk. Sumbangan seperti ini diharapkan mampu untuk meringankan beban dan keperitan yang dialami oleh keluarga-keluarga kurang berkemampuan di kawasan Gua Musang ini.
Persiapan bagi pelancaran KJK ini juga telah disusun rapi bagi memastikan setiap perancangan berjalan dengan lancar.

Petugas bertungkus-lumus memastikan program pelancaran KJK berjalan lancar.
Para petugas mengikut arahan yang diberikan bagi memastikan program yang dilaksanakan dapat memberikan impak kepada golongan sasar dan mencapai objektif yang digariskan.
Urusetia KJK memberi penerangan tentang perjalanan program KJK esok.
Konvoi KJK yang diadakan selama 3 hari ini melibatkan seramai 40 orang petugas dan sebanyak 10 buah pacuan 4 roda. Semoga program seperti ini dapat memberikan manfat yang besar seterusnya meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan di kawasan Gua Musang.
Penduduk Paloh 3, Gua Musang dijemput hadir beramai-ramai ke majlis ini..
Langgan:
Catatan (Atom)