Y.B. Dato' Abdullah Md.Ali, ADUN Bukit Naning beramah mesra bersama warga emas tertua di Kampung Parit Seri Sempadan, Muar berusia 104 tahun sempena Kembara Jalinan Kasih |
Usaha murni ilham Ketua Pengarah Penerangan Malaysia, Tuan Haji Ibrahim Abdul Rahman berlangsung selama 3 hari bermula pada 29 Februari sehingga 2 Mac 2012 melibatkan 3 kawasan DUN di bawah Parlimen Bakri iaitu Bentayan, Sungai Abong dan Bukit Naning.
Sukarelawan K1M membantu seorang penerima sumbangan Kembara Jalinan Kasih yang kurang upaya. |
Y.B. Dato' Abdullah Md Ali menyampaikan sumbangan keperluan harian sempena Kembara Jalinan Kasih. Disaksikan oleh Tuan Haji Hamdan Haji Hasnan, Pengarah Penerangan Johor. |
Sebanyak 100 sumbangan telah diagihkan kepada masyarakat kurang kemampuan berbilang bangsa di DUN Bukit Naning. 12 kampung telah dilawati antaranya ialah Kampung Parit Tengah, Parit Baru, Parit Seri Sempadan dan Batu 14-16. Turut menerima sumbangan ialah warga emas berumur 104 tahun di Kampung Parit Seri Sempadan di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan