Jumaat, Ogos 19, 2011
EKSKLUSIF: KIBARAN JALUR GEMILANG DI PUTRAJAYA SURAM!!!!
Sempena bulan kemerdekaan ni marilah kita kibarkan Jalur Gemilang yang melambangkan semangat perpaduan rakyat yang cintakan tanahair.. kerajaan dah buat pelbagai program untuk menyemarakkan kibaran Jalur Gemilang ni..
Semalam tok ke Putrajaya.. sedih tok tengok kawasan dan suasana ke arah sambutan hari kemerdekaan kat sane.. semua kita tahu yang putrajaya ni adalah pusat pentadbiran kerajaan persekutuan.. dah semestinya majoriti yang tinggal kat sana tu penjawat awam.. terutamanya yang berteduh di kuarters kerajaan...
tapi malangnya, kesungguhan untuk mengibarkan bendera jalur gemilang ni memang nampak suram.. tak tahu lah di mana silapnya.. sepatutnya kesedaran ni dah lama ada sebabnya mereka ni lebih tahu yang kerajaan amat menggalakkan rakyat mengibar jalur gemilang di premis atau bangunan masing-masing..
cuba kita fikirkan dan renung.. kempen kerajaan satu rumah satu bendera pada bulan kemerdekaan ni kalau kita jayakan memang nampak tersangat meriah.. di putrajaya sepanjang laluan ke pejabat-pejabat kementerian pasti akan melalui kuarters kerajaan.. mesti indah lg permai kalau semua rumah di Putrajaya ni mengibarkan jalur gemilang...
janganlah hanya nak kibarkan jalur gemilang yang free jer.. kalau tak dapat yang free xnak kibarkan..bukannya mahal sangat pun sehelai bendera.. cuma RM10 je harga pasaran..kat supermarket belambak ada bole beli.. cuma nak dengan tak nak je..
tak guna kalau negara kita maju tapi semangat cintakan negara tu makin nipis dan cair..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan