Jumaat, Oktober 28, 2011

Suasana Baru...Hati tetap sama...

Sekarang ni memang tengah sibuk mengendalikan perpindahan pusat operasi ke tempat baru.. bangunan baru..suasana baru tapi hati tok tetap sama..insyaallah...

bila sebut pasai dunia baru ni pasti banyak benda yang perlu kita ubah untuk terus kekal relevan dan setidaknya sama arasnya dengan yang sedia ada. banyak cabaran yang perlu kita hadapi.. lagi banyak cabaran lagi bagus sebab akan membuatkan kita lebih matang dan berpikir dengan cara yang lebih rasional dan kritis...

Mood pindah masih lagi jelas dirasai tapi ni tak sekali-kali membuatkan tok dan rakan-rakan jadi lalai untuk memberikan perkhidmatan tebaik kepada 'stakeholder' yang berkenaan.. semoga dengan perpindahan ini memberikan angin atau nafas baru yang lebih segar dan harum dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Malaysia umumnya...

Penat, letih atau tak cukup tidur bukan alasan untuk menjejaskan prestasi setiap yang terlibat..ayuhlah semua yang terlibat marilah kita bersama-sama memastikan setiap yang dirancang dan diusahakan menjadi kenyataan demi kepuasan menjalankan amanah serta tanggungjawab yang diberikan.. amin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan