Datuk Poziah Abdul Rahman (Kiri) menerangkan sesuatu kepada Dato' Sri Kamaruddin Siaraf, KSU KPKK sewaktu hadir ke majlis raptai penuh Pelancaran Komuniti 1Malaysia (K1M) Negeri Johor |
Bahang kemeriahan sambutan Pelancaran Komuniti 1Malaysia Negeri Johor yang akan dirasmikan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Haji Mohd Yasin, Timbalan Perdana Menteri pada 3 Mac ini semakin terasa dengan kehadiran orang ramai ke tapak pelancaran di padang Sekolah Menengah Vokasional Muar, Johor.
Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, YBhg Dato’ Sri Kamaruddin Siaraf ketika hadir menyaksikan raptai penuh majlis pelancaran tersebut menyifatkan persiapan yang dilakukan telah hampir sempurna dan amat berpuas hati dengan pengisian yang diatur.
Roy menyampaikan lagu patriotik diiringi penari kebudayaan di pentas utama sempena raptai penuh Pelancaran Komuniti 1Malaysia(K1M) Negeri Johor |
Beliau turut mengingatkan agar setiap pihak yang terlibat memberikan komitmen dan kerjasama jitu dalam memastikan majlis Pelancaran Komuniti 1Malaysia Negeri Johor berjalan lancar.
Nik Mohd Kamal sempat meluangkan masa melawat ke gerai Komuniti 1 Malaysia (K1M) Segamat yang mempromosikan haiwan eksotik untuk dijual secara komersial |
Masyarakat setempat juga akan dihiburkan dengan persembahan artis popular tanahair antaranya Dato’ Jeffrydin, Zainal Abidin, Kenny Lee, Vijay Emergency, Ramlah Ram dan konsert PENTARAMA, Jabatan Penerangan Malaysia.
Program Pelancaran Komuniti 1Malaysia (K1M) Negeri Johor berlangsung selama empat (4) hari bermula pada 1 hingga 4 Mac 2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan