Rabu, Julai 20, 2011

Copa America: Hadiah Larissa kalau Paraguay menang...


Copa America sekarang ni dah nak sampai penghujung dah... Uruguay dah sahkan tempat ke final ahad ni (24 Julai 2011). tinggal satu  pasukan je lagi yang kita tunggu Paraguay atau Venezuela... perlawanan untuk satu lagi tiket final berlangsung hari ni.

pasukan pilihan  Brazil dan tuan rumah Argentina semuanya bungkus kat suku akhir... memang kempunan lar nak tengok Messi lawan Neymar kat final.. kalau tak mesti meriah sambutan penonton kan?? macam-macam aksi dan ragam penonton kita bole tengok..
selalunya yang gila tengok bola ni lelaki.. tapi sekarang ni trend tu macam dah berubah... perempuan sekarang  lagi gila tengok bola daripada lelaki.. tak kira siapa.. ahli politik, artis, model, tukang sapu.. semuanya sanggup berjaga tengah malam.. tak tidur sampai pagi semata-mata nak tengok pasukan kegemaran dorang main..

dorang ni bukan takat pakai jersi pasukan jer..ada yang lagi hebat siap conteng muka, badan untuk tunjukkan betapa fanatik nya dorang dengan pasukan yang disokong.. kalau pasukan dorang kalah menangis  sampai berjurai-jurai air mata.. nak tunjukkan kecewa dan sedihnya dorang ni...heheheh

ada yang lagi hebat.. siap berani berjanji nak lari tanpa seurat benang pun ada.. tak caya eh??? baca statement kat bawah ni..

“If Paraguay win the Copa America then I shall pose nude on the pitch,” she said as she gestured in the direction of the Brigadier General Estanislao Lopez stadium before today’s match against Ecuador. “I think we’ll do well at the Copa,” forecast Riquelme, who intends to follow all her country’s matches on the spot.

Larissa Riquelme: Model
Amacam??? sekarang percaya?? ni semua bonus lar kalau Paraguay menang.. masa piala dunia dulu pun dia pernah janji. tapi Paraguay kalah... apa-apa pun kita nantikan je lah kesudahannya.. sebab sekarang ni Paraguay masuk final pun belum sah lagi..ni kan pula nak jadi juara.. tapi kalau jadi juara memang bonus untuk semua lar...hahahah.. tok lagi suka Uruguay menang.. sebab Suarez main dalam pasukan tu.... :)

p/s: mesti ramai yang tengah berdoa supaya Paraguay menang Copa ni...heheheh

Blogger tak kebal....

 
media baru sekarang ni memang banyak mencorak senario politik negara... tapi ni tak bermakna kita bole tulis apa sahaja yang kita suka.. setakat pandangan peribadi dan ke arah pembinaan bangsa memang sangat-sangat dialu-alukan..
blogger kebanyakkannya cenderung kepada penulisan tentang gossip artis dan politik.. ni pun sebab golongan muda sekarang ni banyak yang bergantung kepada media baru daripada media arus perdana.. bila pembacanya ramai, sepatutnya perlu ada pengawasan atau disiplin dalam penulisan.. tak boleh la kita secara sembrono nak fitnah, tuduh atau apa-apa yang negatif tanpa usul periksa.. kalau benar dakwaan kita tu tunjukkan bukti.. tak kira dari parti mana pun.. yang penting apa yang dibongkarkan adalah benar.. pasti semua akan setuju...

semalam Mahkamah Tinggi suruh Amizudin Ahmat bayar RM 300k pada DS Rais Yatim sebagai ganti rugi.. tak ke parah macamtu.. bukan sikit duit nak kena bayar.. ni semua dek kerana artikel yang bertajuk "'Hei Pak Menteri...mana mau lari...'.  artikel ni pasai tuduhan yang DS Rais Yatim ni rogol amah dari Indonesia... memang jadi cerita hangat artikel ni dulu..

tapi sekarang apa yang dia dapat??? kena saman ada lah.. ini bukan soal lawan kerajaan ke apa.. tapi soal etika dan disiplin diri.. jangan pulak nanti jadikan isu.. Dato' Rais menang sebab dia menteri.. dah lain pulak ceritanya nanti... jangan heret mahkamah dalam politik.. hancur negara dibuatnya..

pada tok, elok kes ni dijadikan sebagai pengajaran bersama.. sekurang-kurangnya kita lebih waspada dan bertanggungjawab dengan apa yang kita tulis.. sebelum ni kes twitter sekarang ni blogger..lepas ni apa pulak agaknya..... media baru tak salah..yang salah orang yang guna tu....

Selasa, Julai 19, 2011

Bahana Gadget: Manusia tak bermasyarakat???

fenomena penggunaan gadget (telefon pintar /tablet) semakin menular... pengeluar barangan elektronik dan syarikat telekomunikasi turut terlibat mencorak serta merancakkan lagi fenomena ini.


setiap minggu atau bulan ada saja iklan @promosi berkaitan produk terbaru.. bukan saja telefon bimbit malah telah beralih pula ke bentuk 'tablet'... jenama terkenal seperti mac, blackberry, android & samsung terus menjadi pilihan.

pada asalnya, gadget ni dihasilkan bagi memudahkan masyarakat mengakses internet dan maklumat dengan pantas.. tapi...,kini semua golongan mempunyai gadget yang sama dengan maksud dan tujuan yang berbeza...

walaupun secara lahiriahnya dilihat baik untuk perkembangan minda tetapi terdapat juga masalah serius yang bakal melanda sekiranya perkara ini tidak dikawal dan ditangani dengan bijak.

remaja sekarang ni terlalu obses dan khusyuk dengan gadget dorang. perkara yang berlaku disekeliling kurang diambil perhatian.. ni lah punca kenapa golongan ni mudah terdedah kepada bahaya... contohnya waktu dalam tren. kelekaan dorang ni bermain dengan gadget selalunya mengakibatkan mereka menjadi mangsa ragut dan curi.. semuanya sebab kelalaian sendiri. orang memang tunggu masa je nak amik peluang.. pastu kita pula bagi peluang..memang terbaek la.....

ketaksuban terhadap fenomena gadget ini boleh merencatkan usaha kerajaan untuk mengukuhkan perpaduan dan mengeratkan hubungan antara satu sama lain.. kita lebih suka duduk menyendiri di rumah daripada menghadiri mana-mana kenduri atau yang melibatkan pergaulan bersama masyarakat.. alasannya.. tak ada keperluan terhadap benda yang begini..

biasanya kalau datang pun duduk di hujung bucu dinding atau celah-celah mausia. Tapi mata ngan tangan masih tak lekang main dengan telefon...

ada juga yang terbawa-bawa sampai ke meja makan… kalau makan dengan keluarga tak apalah.. tapi kalau jiran atau sedara mara macam mane?? apa dorang kata nanti.. pasti kena label sebagai kurang ajar dan tak tahu adab sopan… lebih parah dan teruk lagi kalau ada yang cakap mak ayah kita tak tahu mengajar anak!!!! Jangan marah kat dorang tapi salahkanlah diri sendiri.. sebab kita la dorang cakap macam tu....

sekarang ni kita sendiri tentukan… nak dilabel sebagai kurang ajar dan tak sopan atau apa??? Bukannya tok nak tegah guna gadget ni..tapi biarlah kena pada tempatnya.. janganlah sampai tak bermasyarakat… nak jadi apa macam tu???

Ashraf @Aleesha tak kesian kat mak ke????

Memang menggemparkan bila seorang pemuda ingin menukar nama kepada nama seorang perempuan... matlamat asalnya dilihat cukup mudah iaitu menukar nama yang tertera pada kad pengenalan kepada nama yang baru.. tapi implikasinya cukup besar......

Mahkamah Tinggi di Terengganu semalam telah menolak permohonan En. Mohd Ashraf Abdul Azizi yang ingin menukar namanya kepada Aleesha Farhana Abd Aziz........ apa dah jadi sebenarnya ni???

kalau nak kata nama yang mak ayah bagi sebelum ni memang dah sedap dah.. makna Ashraf tu sendiri dah membawa maksud 'Yang Mulia'.... tapi kenapa tak nak teruskan kemuliaan tu??? mungkin nama Aleesha ni dianggap lebih sesuai sebab maksud nama ni pun hebat 'Dilindungi Allah'.....

sekarang ni semua yang perlu untuk menjadi wanita dah dilakukan dek Ashraf... termasuk la menukar jantina di Thailand.....  tinggal nama dalam kad pengenalan je lagi yang belum selesai... nasib baik agama tak diminta tukar..... kalau tak memang sama macam kes Lina Joy lar.....memang kecoh lagi dibuatnya nanti... bab-bab agama ni bukannya boleh di buat main....

pada pendapat tok, memang tepat keputusan yang dibuat dek mahkamah... tok ni tak reti undang-undang tapi secara logik boleh la.... kalaulah mahkamah benarkan permohonan tukar nama ni..memang akan sibuk la pejabat pendaftaran lepas ni... bukannya apa... cuba kita pikirkan berapa ramai lagi yang akan mohon untuk tukar nama..alasannya jiwa mereka lebih kepada perempuan walaupun dilahirkan sebagai lelaki...nak ganas lagi.. dorang tak minta dilahirkan sebagai lelaki...

suratkhabar arini juga ada menyebut yang kehendak Ashraf ni mendapat sokongan mak ayahnya... ye ke ni??? hati mana yang tak luluh dan hancur kalau anak yang disayangi tukar jantina dan mengubah ketentuan Allah??? mungkin depan anak dorang ukir senyum tapi dalam hati siapa yang tahu....

fikirlah sebaik-baiknya sebelum buat keputusan yang besar macam ni...kesian kat mak ayah kita yang penat besarkan kita ngan kasih sayang.....

Isnin, Julai 18, 2011

Tok Sogo... Si Pengemis atau Sufi???

Dalam semua tengah sibuk mencari siapa salah siapa yang benar... tak cukup jari-jemari yang ada untuk dituding... yang berarak menyalahkan pihak berkuasa dan kerajaan.. yang dituduh dan difitnah teguh bangkit menegakkan kebenaran.. sampai bila pun tak kan habis kisah ni.. tapi.. elok kita nilai ape yang tersurat dan tersirat disebalik luahan rasa orang tua ni yang dikenali sebagai "TOK SOGO"....heheheheheh

mungkin ramai yang mempertikaikan kredibiliti tok sogo ni..sebabnya, dia hanya seorang pengemis jalanan.. macam tak masuk akal kalau kita labelkan tok sogo ni sebagai orang kurang siuman... siapakah sebenarnya tok sogo ni??? pengemis???? orang kurang siuman???? atau ahli sufi????? tapi bagi tok, siapa sebenarnya tok sogo ni masih lagi menjadi tanda tanya.... kita ikuti sorotan video berkenaan luahan hati tok sogo tentang perhimpunan haram BERSIH baru-baru ini.....


tok sogo yang duduk melepak di tangga batu sogo ni pun boleh pikir...ni kan pulak kita yang berpelajaran tinggi... pikiran kita boleh berbeza..tetapi jangan dilacurkan kesetiaan kepada agama dan bangsa demi mencapai cita-cita yang tak kunjung tiba....

Selasa, Julai 12, 2011

Politikus jadi pelakon.....

apa dah jadi nih??? heheheheh...

tindakan yang diambil PDRM berjaya menggagalkan himpunan haram BERSIH 2.0 pada 9 julai lepas..semua kita pun tahu yang ramai kena tangkap dengan polis.. terutamanya penggerak utama perhimpunan haram ni yang terdiri daripada pemimpin parti pembangkang...

bila dah tak capai matlamat, dorang ni mula main 'game' lain pulak... sekarang ni semua pakat-pakat nak jadi pelakon.. ada yang bawa watak macam pengemislah, OKU dan sebagainya semata-mata untuk meraih simpati rakyat...

kalau dorang berterusan macam ni, memang susahla artis kita nak cari makan..sebab dorang punya penghayatan lebih dahsyat.... serba menjadi watak yang dilakonkan tu...

kepada artis-artis di luar sana tu, cepat-cepat la fikirkan inisiatif lain untuk cari pendapatan.. pergi la ambli kursus berniaga ke apa.. asalkan boleh tampung kehidupan korang... saingan untuk dapatkan 'job' sekarang ni dah makin tipis dengan penyertaan politikus yang terjun ke bidang lakonan....

Kak Rosnah dah 'prepare' awal dah....

kebetulan pulak nak masuk bulan ramadhan dah.. elok korang semua minta tapak untuk berniaga kat bazaar ramadhan.. untung memang berlipat kali ganda..rezeki murah insyaallah masa ni.. ni sebagai 'backup plan' sementara nak tunggu politikus ni keluar dari bidang korang ni.....heheheheh

Isnin, Julai 11, 2011

Ayuh semarakkan semangat kemerdekaan....

Bulan merdeka dah makin hampir tiba.. cuba kita lihat apakah sudah cukup persiapan kita sebagai rakyat yang cintakan negara... cara mudah untuk memperlihatkan kecintaan kita pada negara adalah dengan mengibarkan Jalur Gemilang....

Tahun ini sambutan kemerdekaan tidak akan dilakukan pada bulan ogos seperti kebiasaan.. sambutan kemerdekaan akan dibuat pada bulan september bersekali dengan sambutan Hari Malaysia...

yang menariknya.. sambutan kemerdekaan kali ini bersama dengan bulan ramadhan.. maka pastinya bulan ramadhan ini yang akan di dahulukan... sebab masa bulan ni je pun yang boleh dapat akses masuk syurga terus kalau hilang nyawa...heheheheh... ini sebenarnya sebagai menghormati dan mendahulukan bulan yang mulia bagi seluruh umat islam...bagi tok, keputusan yang dibuat cukup bijak dan pasti menyenangkan hati rakyat....

Pelbagai program dah dirancang demi memastikan semangat cintakan negara terus bersemarak... ada program berbentuk kembara..ada yang berbentuk pertandingan dan macam-macam lagi.... harapnya cara ini dapat menyuntik semngat kemerdekaan dalam jiwa dan sanubari rakyat Malaysia...

untuk sambutan hari raya tahun ni lebih dikenali sebagai Sambutan Hari Raya Aildifitri Merdeka...

pasti ramai yang tertanya-tanya.. apa tema hari kemerdekaan pada tahun ni kan??? telah diputuskan bahawa tema hari kemerdekaan pada tahun 2011 ialah:
" 1Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera"

semoga apa yang ditemakan menjadi kenyataan..yang penting rakyat gembira dan selesa dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan...

wassalam.....

Jumaat, Julai 08, 2011

Gadis zaman sekarang....

Bila sebut saja perkataan gadis terus kita terbayang seorang perempuan yang berwajah cantik, montok, pinggul lentik dan bermacam-macam lagi kriteria yang diidamkan oleh lelaki...

ada juga lelaki yang tak menjadikan kriteria ini sebagai garis panduan memilih gadis idaman. cukup sekadar yang berperwatakan biasa, mempunyai pegangan agama dan berbudi bahasa.... memang beruntung la dapat bakal suami macam ni... memang lelaki melayu terakhir kalau ada sifat macam ni..... tapi tok nya pilihan mestila hanya yang terbaik dari ladang....heheheheh

dunia moden sekarang ni dah mengubah segalanya.. dulunya lelaki yang memilih tapi sekarang si gadis yang lebih.. nak lelaki yang bergaya, paras rupa kriteria utama... alasannya tak nak nanti anak tak comel macam bapak......heheheheh... lelaki yang dah kahwin sasaran #1. alasannya dah 'established'... duit semua dah ada.. kalau tak ada takkan boleh kahwin....hmmmmm

tok dengar ada pulak 'trend ' terbaru sekarang ni.. tunang dengan orang lain tapi tetap ada 'boyfren'!!!!!! macam mane la tu eh?? alasannya tunang tak tahu dan tak kisah saya ada ramai kawan lelaki..... pokoknya sekarang ni, tunang anda hanya tahu pasai ramai kawan lelaki.. bukan nya tahu anda ada teman lelaki..... kesian kat orang yang nasib macam ni.. tak kisahlah lelaki ke perempuan.. kalau buat macam ni memang hampeh la tu....

bukan ke kena ada kesetiaan?? baru la datangnya kebahagiaan...... kawan biar beribu tapi bercinta dan setia pada yang satu...heheheheh

tok bangkitkan isu ni bukannya apa.. sekadar mengingatkan je.. sebab perempuan terutamanya mempunyai tempat yang begitu tinggi di hati lelaki....

wassalam.....