Isnin, Julai 11, 2011

Ayuh semarakkan semangat kemerdekaan....

Bulan merdeka dah makin hampir tiba.. cuba kita lihat apakah sudah cukup persiapan kita sebagai rakyat yang cintakan negara... cara mudah untuk memperlihatkan kecintaan kita pada negara adalah dengan mengibarkan Jalur Gemilang....

Tahun ini sambutan kemerdekaan tidak akan dilakukan pada bulan ogos seperti kebiasaan.. sambutan kemerdekaan akan dibuat pada bulan september bersekali dengan sambutan Hari Malaysia...

yang menariknya.. sambutan kemerdekaan kali ini bersama dengan bulan ramadhan.. maka pastinya bulan ramadhan ini yang akan di dahulukan... sebab masa bulan ni je pun yang boleh dapat akses masuk syurga terus kalau hilang nyawa...heheheheh... ini sebenarnya sebagai menghormati dan mendahulukan bulan yang mulia bagi seluruh umat islam...bagi tok, keputusan yang dibuat cukup bijak dan pasti menyenangkan hati rakyat....

Pelbagai program dah dirancang demi memastikan semangat cintakan negara terus bersemarak... ada program berbentuk kembara..ada yang berbentuk pertandingan dan macam-macam lagi.... harapnya cara ini dapat menyuntik semngat kemerdekaan dalam jiwa dan sanubari rakyat Malaysia...

untuk sambutan hari raya tahun ni lebih dikenali sebagai Sambutan Hari Raya Aildifitri Merdeka...

pasti ramai yang tertanya-tanya.. apa tema hari kemerdekaan pada tahun ni kan??? telah diputuskan bahawa tema hari kemerdekaan pada tahun 2011 ialah:
" 1Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera"

semoga apa yang ditemakan menjadi kenyataan..yang penting rakyat gembira dan selesa dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan...

wassalam.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan