Memang menggemparkan bila seorang pemuda ingin menukar nama kepada nama seorang perempuan... matlamat asalnya dilihat cukup mudah iaitu menukar nama yang tertera pada kad pengenalan kepada nama yang baru.. tapi implikasinya cukup besar......
Mahkamah Tinggi di Terengganu semalam telah menolak permohonan En. Mohd Ashraf Abdul Azizi yang ingin menukar namanya kepada Aleesha Farhana Abd Aziz........ apa dah jadi sebenarnya ni???
kalau nak kata nama yang mak ayah bagi sebelum ni memang dah sedap dah.. makna Ashraf tu sendiri dah membawa maksud 'Yang Mulia'.... tapi kenapa tak nak teruskan kemuliaan tu??? mungkin nama Aleesha ni dianggap lebih sesuai sebab maksud nama ni pun hebat 'Dilindungi Allah'.....
sekarang ni semua yang perlu untuk menjadi wanita dah dilakukan dek Ashraf... termasuk la menukar jantina di Thailand..... tinggal nama dalam kad pengenalan je lagi yang belum selesai... nasib baik agama tak diminta tukar..... kalau tak memang sama macam kes Lina Joy lar.....memang kecoh lagi dibuatnya nanti... bab-bab agama ni bukannya boleh di buat main....
pada pendapat tok, memang tepat keputusan yang dibuat dek mahkamah... tok ni tak reti undang-undang tapi secara logik boleh la.... kalaulah mahkamah benarkan permohonan tukar nama ni..memang akan sibuk la pejabat pendaftaran lepas ni... bukannya apa... cuba kita pikirkan berapa ramai lagi yang akan mohon untuk tukar nama..alasannya jiwa mereka lebih kepada perempuan walaupun dilahirkan sebagai lelaki...nak ganas lagi.. dorang tak minta dilahirkan sebagai lelaki...
suratkhabar arini juga ada menyebut yang kehendak Ashraf ni mendapat sokongan mak ayahnya... ye ke ni??? hati mana yang tak luluh dan hancur kalau anak yang disayangi tukar jantina dan mengubah ketentuan Allah??? mungkin depan anak dorang ukir senyum tapi dalam hati siapa yang tahu....
fikirlah sebaik-baiknya sebelum buat keputusan yang besar macam ni...kesian kat mak ayah kita yang penat besarkan kita ngan kasih sayang.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan