Selasa, Julai 19, 2011

Bahana Gadget: Manusia tak bermasyarakat???

fenomena penggunaan gadget (telefon pintar /tablet) semakin menular... pengeluar barangan elektronik dan syarikat telekomunikasi turut terlibat mencorak serta merancakkan lagi fenomena ini.


setiap minggu atau bulan ada saja iklan @promosi berkaitan produk terbaru.. bukan saja telefon bimbit malah telah beralih pula ke bentuk 'tablet'... jenama terkenal seperti mac, blackberry, android & samsung terus menjadi pilihan.

pada asalnya, gadget ni dihasilkan bagi memudahkan masyarakat mengakses internet dan maklumat dengan pantas.. tapi...,kini semua golongan mempunyai gadget yang sama dengan maksud dan tujuan yang berbeza...

walaupun secara lahiriahnya dilihat baik untuk perkembangan minda tetapi terdapat juga masalah serius yang bakal melanda sekiranya perkara ini tidak dikawal dan ditangani dengan bijak.

remaja sekarang ni terlalu obses dan khusyuk dengan gadget dorang. perkara yang berlaku disekeliling kurang diambil perhatian.. ni lah punca kenapa golongan ni mudah terdedah kepada bahaya... contohnya waktu dalam tren. kelekaan dorang ni bermain dengan gadget selalunya mengakibatkan mereka menjadi mangsa ragut dan curi.. semuanya sebab kelalaian sendiri. orang memang tunggu masa je nak amik peluang.. pastu kita pula bagi peluang..memang terbaek la.....

ketaksuban terhadap fenomena gadget ini boleh merencatkan usaha kerajaan untuk mengukuhkan perpaduan dan mengeratkan hubungan antara satu sama lain.. kita lebih suka duduk menyendiri di rumah daripada menghadiri mana-mana kenduri atau yang melibatkan pergaulan bersama masyarakat.. alasannya.. tak ada keperluan terhadap benda yang begini..

biasanya kalau datang pun duduk di hujung bucu dinding atau celah-celah mausia. Tapi mata ngan tangan masih tak lekang main dengan telefon...

ada juga yang terbawa-bawa sampai ke meja makan… kalau makan dengan keluarga tak apalah.. tapi kalau jiran atau sedara mara macam mane?? apa dorang kata nanti.. pasti kena label sebagai kurang ajar dan tak tahu adab sopan… lebih parah dan teruk lagi kalau ada yang cakap mak ayah kita tak tahu mengajar anak!!!! Jangan marah kat dorang tapi salahkanlah diri sendiri.. sebab kita la dorang cakap macam tu....

sekarang ni kita sendiri tentukan… nak dilabel sebagai kurang ajar dan tak sopan atau apa??? Bukannya tok nak tegah guna gadget ni..tapi biarlah kena pada tempatnya.. janganlah sampai tak bermasyarakat… nak jadi apa macam tu???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan