media baru sekarang ni memang banyak mencorak senario politik negara... tapi ni tak bermakna kita bole tulis apa sahaja yang kita suka.. setakat pandangan peribadi dan ke arah pembinaan bangsa memang sangat-sangat dialu-alukan..
blogger kebanyakkannya cenderung kepada penulisan tentang gossip artis dan politik.. ni pun sebab golongan muda sekarang ni banyak yang bergantung kepada media baru daripada media arus perdana.. bila pembacanya ramai, sepatutnya perlu ada pengawasan atau disiplin dalam penulisan.. tak boleh la kita secara sembrono nak fitnah, tuduh atau apa-apa yang negatif tanpa usul periksa.. kalau benar dakwaan kita tu tunjukkan bukti.. tak kira dari parti mana pun.. yang penting apa yang dibongkarkan adalah benar.. pasti semua akan setuju...
semalam Mahkamah Tinggi suruh Amizudin Ahmat bayar RM 300k pada DS Rais Yatim sebagai ganti rugi.. tak ke parah macamtu.. bukan sikit duit nak kena bayar.. ni semua dek kerana artikel yang bertajuk "'Hei Pak Menteri...mana mau lari...'. artikel ni pasai tuduhan yang DS Rais Yatim ni rogol amah dari Indonesia... memang jadi cerita hangat artikel ni dulu..
tapi sekarang apa yang dia dapat??? kena saman ada lah.. ini bukan soal lawan kerajaan ke apa.. tapi soal etika dan disiplin diri.. jangan pulak nanti jadikan isu.. Dato' Rais menang sebab dia menteri.. dah lain pulak ceritanya nanti... jangan heret mahkamah dalam politik.. hancur negara dibuatnya..
pada tok, elok kes ni dijadikan sebagai pengajaran bersama.. sekurang-kurangnya kita lebih waspada dan bertanggungjawab dengan apa yang kita tulis.. sebelum ni kes twitter sekarang ni blogger..lepas ni apa pulak agaknya..... media baru tak salah..yang salah orang yang guna tu....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan