Khamis, Jun 30, 2011

Rugi ke kalau guna bahasa kebangsaan sepenuhnya???

penggunaan bahasa malaysia sepenuhnya dalam iklan memang dipandang ringan oleh syarikat di Malaysia... bukan ke sepatutnya dah dinyatakan iklan perlu menggunakan bahasa malaysia dan bukan bahasa rojak...

selalunya garis panduan terus jadi tunggul dan takkan ada yang peduli pun.. yang penting, iklan yang dikeluarkan diterima oleh golongan sasar khususnya dan masyarakat amnya.. isu ni tok rasa dah banyak kali diperdebatkan..

tok teringat satu kes yang melibatkan iklan sebuah pengendali makanan segera yang tersohor di dunia ni.. iklan cetak yang dikeluarkan memang menarik. tapi hanya disebabkan satu perkataan syarikat tu mendapat kritikan yang hebat... kes nya sebab perkataan 'special' ditukar kepada ejaan bahasa malaysia 'spesial'...

sama jugak kesnya dengan iklan karnival besar-besaran kat negara kita ni.. mula-mula guna nama 'sure heboh'.. memang heboh habis dibuatnya.. lepas tu tukar kepada 'jom heboh'.. tak nampak pun ada kekurangan dengan tukar kepada bahasa malaysia.. tetap juga mendapat sambutan dan meriah setiap kali karnival ni diadakan...

sepatutnya semua pembuat iklan dan syarikat yang nak mengiklankan produk kena lah prihatin dengan perkara macam ni.. jangan buat ikut suka.. sebabnya iklan juga merupakan salah satu cara untuk memartabatkan bahasa ibunda kita..

sekarang ni dah keluar satu lagi iklan pulak pasai kereta.. iklannya memang 'tip-top'..tok pun suka iklan ni..tapi bila mengenangkan apa akan jadi pada bahasa kebangsaan membuatkan tok terpikir... siapa sebenarnya yang bertanggungjawab untuk mengawal sindrom rojak dalam iklan di negara kita ni...

DBP ke yang bertanggungjawab? tok kaitkan DBP sebab institusi ni yang menjaga segala perkara berkaitan bahasa kebangsaa di negara kita ni.. atau kementerian penerangan??? sebab semua media adalah di bawah kawal selia kementerian ni.... tak kisahlah apa badan sekali pun yang bertanggungjawab.. yang penting hal macam ni perlu diberi perhatian...

Rabu, Jun 08, 2011

Susah ke nak berADAB dan SOPAN???


Memang tepat dan kena pada masanya kempen budi bahasa budaya kita diberi nafas baru... mungkin payah sangat masyrakat berbilang kaum kita ni nak faham apa maksud sebenar budi bahasa tu.. perkara ni tak kan jadi susah kalau dah memang dibudayakan dalam kehidupan kita seharian..

sekarang ni kementerian penerangan komunikasi dan kebudayaan tukar nama kempen ni kepada Kempen Adab dan Sopan.. yang ni pun kalau tak faham juga elok berhentilah jadi rakyat negara Malaysia...... perkataan yang dipilih ni lebih fokus dan menjurus pada apa yang dimaksudkan dalam kempen sebelum ni...

aku pernah tengok sendiri macam mane gelagat rakyat Malaysia yang tak faham tentang budi bahasa atau adab sopan...kami singgah untuk minum petang kat sebuag kedai di tanjung lumpur pahang.. kedai ni memang antara kedai yang popular untuk makanan goreng2 ni lar...minum petang biase la...keropok lekor, udang goreng sume..tapi makanan yang popular kat sini ialah ICT (Ikan Celup Tepung)..... gah sungguh nama menu kedai ni...heeeee

orang yang datang makin lama makin ramai...meja sume penuh...tapi yang tak syok nya..ade satu kumpulan manusia yang bukan melayu ni..dah abis makan semua dah..tapi buat tak paham jer..asyik beborak, ketawa berdekah2... sampai ada yang tunggu sebelah meja dorang pun dia buat tak paham jer... apa lah slahnya kalau dah abis makan tu terus bangun bagi orang lain plak duduk untuk makan... bukannya susah sangat nak buat semua tu..tapi ni lah cerminan kalau kita tak ada adab dan sopan....

kalau bangsa Melayu ni aku tak heran sangat sebab budaya dorang ni memang kaya dengan adab sopan..tapi tak dinafikanlah ada juga yang terkehel.. lagi buruk perangai daripada orang yang bukan melayu.... tapi ni bukan alasan untuk tak beradab sopan...sebab adab sopan ni tak mengira bangsa dan keturunan...


aku suka sangat nukilan Usman Awang ni...

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan

jadi, sama2 la kita hayati dan pikir... tak berjaya sesuatu kempen yang baik bukan sebab sesebuah bangsa tu.. tapi dek kerana manusia tu sendiri yang tak mahu berubah ke arah kebaikan...

Membelah awan meneruskan impian......

bulan jun ni memang padat dengan aktiviti dan acara. memang tak menang tangan dibuatnya.. nasib la ada rakan2 yang prihatin dan sanggup untuk sama2 berjuang bagi mencapai matlamat yang sama.

boleh kata untuk bulan ni, memang banyak negeri aku lawati.. bukannya atas sebab suka2 tapi semuanya adalah atas tiket kerja dan amanah.. kalau tak, mungkin aku boleh pergi jugak cuma tak adalah sekerap ni..siapa nak bayar duit tiket dek oooiii.....heeeee....

ramai yang kata best la dapat berjalan free ke negeri orang.. boleh la gi shopping apa bagai... yang dengar dan tengok memang akan cakap benda camtu tapi tuan punya badan yang pergi je tau apa ke rasanya... nama pun atas tiket kerja dah semestinya kerja diutamakan pencapaian diutamakan...heheheh.... kalau tak tercapai jangan harap dapat peluang untuk terus membelah awan kan???

pada aku yang penting,... kita kerja mesti mau ikhlas...cuma satu jer..ikhlas ni tak boleh sebut..kalau sebut nanti dah jadi tak ikhlas pulak...heheheheheh...

terus berjuang......

Salam semua.... dah lame benar rasenye tak menulis kat blog aku ni... baru aku perasan yang bulan mei aritu satu entry pun xde aku masukkan... bukannyer kecik ati or lari ke mane pun... cume xsempat nak menulis... bnyak criter dan kenangan yang aku lalui dan tempuhi untuk bulan mei lepas.. tapi tak apelah.. kite kene terus maju ke depan...

sekarang ni, mase amat suntuk dan singkat aku rasa..macam2 hal dan benda nak kena diuruskan.. kalau tak dapat buat kang memang saja lar nak suruh diri kena pancung... aku dapat rasakan yang bulan jun ni juga akan ku lalui dengan kesibukan yang hampir sama dengan bulan Mei..

insyaallah... ada masa pasti aku akan coretkan dalam blog aku yang tak seberapa ni.. sekadar berkongsi pengalaman dan melontarkan pandangan mengikut perspektif diri ini. ada masa kita jumpa lagi...

wassalam.....