Rabu, Jun 08, 2011

Susah ke nak berADAB dan SOPAN???


Memang tepat dan kena pada masanya kempen budi bahasa budaya kita diberi nafas baru... mungkin payah sangat masyrakat berbilang kaum kita ni nak faham apa maksud sebenar budi bahasa tu.. perkara ni tak kan jadi susah kalau dah memang dibudayakan dalam kehidupan kita seharian..

sekarang ni kementerian penerangan komunikasi dan kebudayaan tukar nama kempen ni kepada Kempen Adab dan Sopan.. yang ni pun kalau tak faham juga elok berhentilah jadi rakyat negara Malaysia...... perkataan yang dipilih ni lebih fokus dan menjurus pada apa yang dimaksudkan dalam kempen sebelum ni...

aku pernah tengok sendiri macam mane gelagat rakyat Malaysia yang tak faham tentang budi bahasa atau adab sopan...kami singgah untuk minum petang kat sebuag kedai di tanjung lumpur pahang.. kedai ni memang antara kedai yang popular untuk makanan goreng2 ni lar...minum petang biase la...keropok lekor, udang goreng sume..tapi makanan yang popular kat sini ialah ICT (Ikan Celup Tepung)..... gah sungguh nama menu kedai ni...heeeee

orang yang datang makin lama makin ramai...meja sume penuh...tapi yang tak syok nya..ade satu kumpulan manusia yang bukan melayu ni..dah abis makan semua dah..tapi buat tak paham jer..asyik beborak, ketawa berdekah2... sampai ada yang tunggu sebelah meja dorang pun dia buat tak paham jer... apa lah slahnya kalau dah abis makan tu terus bangun bagi orang lain plak duduk untuk makan... bukannya susah sangat nak buat semua tu..tapi ni lah cerminan kalau kita tak ada adab dan sopan....

kalau bangsa Melayu ni aku tak heran sangat sebab budaya dorang ni memang kaya dengan adab sopan..tapi tak dinafikanlah ada juga yang terkehel.. lagi buruk perangai daripada orang yang bukan melayu.... tapi ni bukan alasan untuk tak beradab sopan...sebab adab sopan ni tak mengira bangsa dan keturunan...


aku suka sangat nukilan Usman Awang ni...

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan

jadi, sama2 la kita hayati dan pikir... tak berjaya sesuatu kempen yang baik bukan sebab sesebuah bangsa tu.. tapi dek kerana manusia tu sendiri yang tak mahu berubah ke arah kebaikan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan