Jumaat, Oktober 28, 2011

Suasana Baru...Hati tetap sama...

Sekarang ni memang tengah sibuk mengendalikan perpindahan pusat operasi ke tempat baru.. bangunan baru..suasana baru tapi hati tok tetap sama..insyaallah...

bila sebut pasai dunia baru ni pasti banyak benda yang perlu kita ubah untuk terus kekal relevan dan setidaknya sama arasnya dengan yang sedia ada. banyak cabaran yang perlu kita hadapi.. lagi banyak cabaran lagi bagus sebab akan membuatkan kita lebih matang dan berpikir dengan cara yang lebih rasional dan kritis...

Mood pindah masih lagi jelas dirasai tapi ni tak sekali-kali membuatkan tok dan rakan-rakan jadi lalai untuk memberikan perkhidmatan tebaik kepada 'stakeholder' yang berkenaan.. semoga dengan perpindahan ini memberikan angin atau nafas baru yang lebih segar dan harum dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Malaysia umumnya...

Penat, letih atau tak cukup tidur bukan alasan untuk menjejaskan prestasi setiap yang terlibat..ayuhlah semua yang terlibat marilah kita bersama-sama memastikan setiap yang dirancang dan diusahakan menjadi kenyataan demi kepuasan menjalankan amanah serta tanggungjawab yang diberikan.. amin...

Selasa, Oktober 11, 2011

Hina ke Guna Bahasa Kebangsaan???


Penat dan letih nak bagitau kat semua rakyat Malaysia yang bulan Oktober adalah Bulan Bahasa Kebangsaan. Bukannya nak merungut ke apa, cuma rakyat kita macam tak paham dan tak ambil peduli tentang pentingnya mengagongkan bahasa kebangsaan.

Kempen bulan bahasa ni biasanya jarang dapat sambutan menyeluruh. Sebabnya masih ada lagi mentaliti yang berpikiran bahasa kebangsaan ni tak boleh pergi ke mana. malah ada juga yang berpendapat ianya bukan bahasa ilmu atau perdagangan. sebab tu la ramai yang buat tak endah jer bila seruan dibuat untuk mengimarahkan lagi sambutan bulan bahasa ni.

Nasibla ada kerajaan yang prihatin dan bertanggungjawab. Macam-macam program dan promosi kerajaan buat untuk pastikan sambutan bulan bahasa kebangsaan ni disambut meriah. Tak cukup dengan tu, kerajaan wujudkan pula Anugerah Tokoh Ilmuan Negara sebagai tanda penghargaan kerajaan terhadap komitmen ilmuan yang berusaha sedaya-upaya mengangkat martabat bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu, bahasa kemajuan dan bahasa budaya tinggi.

Kita patut malu bila ada rakyat negara asing yang lebih bangga menggunakan bahasa kebangsaan kita. bukti dah ada nyata dah. tengokla pertandingan pidato bahasa kebangsaan peringkat antarabangsa. semua peserta dari luar negara.tapi dorang ni fasih bertutur bahasa kebangsaan kita.

Tak guna kalau duit banyak, hidup mewah, kereta besar, bini ramai tapi bahasa kebangsaan yang merupakan identiti bangsa pun kita tak tau dan lupakan...

Memang sesuai sangat la tema yang kerajaan pilih untuk bulan bahasa kebangsaan ni "Bahasa Jiwa Bangsa"

Kredibiliti BERNAS dicabar!!!


Bencana alam yang  melanda Thailand telah menyebabkan ratusan nyawa terkorban, ratusan ribu kediaman musnah dan 1.38 juta hektar sawah tenggelam.. penduduk Thailand terutamanya di Bangkok sekarang ni sentiasa dalam keadaan  cemas dan ketakutan memikirkan nasib mereka.

Lebih meresahkan apabila terdapat jangkaan yang mengatakan Bangkok akan lenyap ditenggelami air sekiranya hujan berterusan selama dua hari lagi..

Sebenarnya, perasaan ini juga perlu dirasai oleh rakyat di negara kita. Alhamdulillah, kita masih lagi selamat dan dijauhkan daripada bencana yang besar seperti ini. Cukuplah pengalaman dilanda Tsunami yang lalu untuk dijadikan iktibar dan renungan bersama.

Tapi  kita tak boleh rasa selesa sebabnya Thailand merupakan negara pengeksport terbesar beras negara iaitu sebanyak 60% daripada 700 ribu tan. Kalau dah 1.38juta hektar sawah tenggelam mana  nak cukup beras kat negara kita ni.

Tumpuan sekarang ni semuanya terarah ke Padiberas Nasional Berhad(BERNAS). Mampu atau tidak  untuk cari penyelesaian dan alternatif bagi mengelakkan kekurangan bekalan beras dalam negara. Jawapannya pasti ditagih seramai 28 juta rakyat negara ini kerana beras merupakan makanan ruji negara.
 
KEGAGALAN BERNAS bererti permulaan sengsara kepada rakyat Malaysia..

Khalid Terkedu Sultan Sokong JAIS...

Terkedu MB Selangor apabila Sultan Selangor dalam titahnya mengatakan bahawa tindakan pemeriksaan JAIS ke atas gereja di Damansara Utama sebelum ini adalah betul dan mengikut peraturan..

Menguatkan lagi tindakan JAIS itu apabila Tuanku Sultan menitahkan Majlis Agama Islam Negeri Selangor (MAIS) dan JAIS memantau rapi serta mengambil tindakan sewajarnya tanpa teragak-agak selaras bidang kuasa yang diperuntukkan kepada kedua-dua agensi ini.

Dek kerana nak tutup malu, MB 'pilihan' rakyat Selangor ni pun terus mewujudkan satu jawatankuasa khas yang katanya untuk memperkasakan SOP JAIS dalam usaha memantau cubaan untuk memesongkan akidah umat islam dengan teliti dan berkesan.

Sebelum ni bukan main lagi JAIS dihentam bertubi-tubi. Seolah-olah tindakan JAIS tu salah dan tak tepat. Sekarang Sultan dah bertitah.. lawan la kalau berani...

Tak sabar tok nak tengok komen daripada hero-hero politik yang sebelum ni begitu hebat menghentam tindakan JAIS. Takkan senyap je kot??? Komen la sikit....