Jumaat, November 18, 2011

Betul Kata Ronaldo....


Kejayaan pasukan Harimau Muda Malaysia malam tadi sebenarnya dicetuskan oleh testimoni yg diberikan oleh Cristiano Ronaldo.. Sekarang ni dah masuk separuh akhir.. Myanmar pulak menjadi rintangan untuk mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada edisi lepas.

Semoga, makin banyak lagi testimoni yang diberikan oleh pemain bolasepak profesional dunia kepada pasukan Malaysia...

Tahniah pasukan Harimau Muda!!!!!! MALAYSIA BOLEH!!!!!!!

Jumaat, Oktober 28, 2011

Suasana Baru...Hati tetap sama...

Sekarang ni memang tengah sibuk mengendalikan perpindahan pusat operasi ke tempat baru.. bangunan baru..suasana baru tapi hati tok tetap sama..insyaallah...

bila sebut pasai dunia baru ni pasti banyak benda yang perlu kita ubah untuk terus kekal relevan dan setidaknya sama arasnya dengan yang sedia ada. banyak cabaran yang perlu kita hadapi.. lagi banyak cabaran lagi bagus sebab akan membuatkan kita lebih matang dan berpikir dengan cara yang lebih rasional dan kritis...

Mood pindah masih lagi jelas dirasai tapi ni tak sekali-kali membuatkan tok dan rakan-rakan jadi lalai untuk memberikan perkhidmatan tebaik kepada 'stakeholder' yang berkenaan.. semoga dengan perpindahan ini memberikan angin atau nafas baru yang lebih segar dan harum dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Malaysia umumnya...

Penat, letih atau tak cukup tidur bukan alasan untuk menjejaskan prestasi setiap yang terlibat..ayuhlah semua yang terlibat marilah kita bersama-sama memastikan setiap yang dirancang dan diusahakan menjadi kenyataan demi kepuasan menjalankan amanah serta tanggungjawab yang diberikan.. amin...

Selasa, Oktober 11, 2011

Hina ke Guna Bahasa Kebangsaan???


Penat dan letih nak bagitau kat semua rakyat Malaysia yang bulan Oktober adalah Bulan Bahasa Kebangsaan. Bukannya nak merungut ke apa, cuma rakyat kita macam tak paham dan tak ambil peduli tentang pentingnya mengagongkan bahasa kebangsaan.

Kempen bulan bahasa ni biasanya jarang dapat sambutan menyeluruh. Sebabnya masih ada lagi mentaliti yang berpikiran bahasa kebangsaan ni tak boleh pergi ke mana. malah ada juga yang berpendapat ianya bukan bahasa ilmu atau perdagangan. sebab tu la ramai yang buat tak endah jer bila seruan dibuat untuk mengimarahkan lagi sambutan bulan bahasa ni.

Nasibla ada kerajaan yang prihatin dan bertanggungjawab. Macam-macam program dan promosi kerajaan buat untuk pastikan sambutan bulan bahasa kebangsaan ni disambut meriah. Tak cukup dengan tu, kerajaan wujudkan pula Anugerah Tokoh Ilmuan Negara sebagai tanda penghargaan kerajaan terhadap komitmen ilmuan yang berusaha sedaya-upaya mengangkat martabat bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu, bahasa kemajuan dan bahasa budaya tinggi.

Kita patut malu bila ada rakyat negara asing yang lebih bangga menggunakan bahasa kebangsaan kita. bukti dah ada nyata dah. tengokla pertandingan pidato bahasa kebangsaan peringkat antarabangsa. semua peserta dari luar negara.tapi dorang ni fasih bertutur bahasa kebangsaan kita.

Tak guna kalau duit banyak, hidup mewah, kereta besar, bini ramai tapi bahasa kebangsaan yang merupakan identiti bangsa pun kita tak tau dan lupakan...

Memang sesuai sangat la tema yang kerajaan pilih untuk bulan bahasa kebangsaan ni "Bahasa Jiwa Bangsa"

Kredibiliti BERNAS dicabar!!!


Bencana alam yang  melanda Thailand telah menyebabkan ratusan nyawa terkorban, ratusan ribu kediaman musnah dan 1.38 juta hektar sawah tenggelam.. penduduk Thailand terutamanya di Bangkok sekarang ni sentiasa dalam keadaan  cemas dan ketakutan memikirkan nasib mereka.

Lebih meresahkan apabila terdapat jangkaan yang mengatakan Bangkok akan lenyap ditenggelami air sekiranya hujan berterusan selama dua hari lagi..

Sebenarnya, perasaan ini juga perlu dirasai oleh rakyat di negara kita. Alhamdulillah, kita masih lagi selamat dan dijauhkan daripada bencana yang besar seperti ini. Cukuplah pengalaman dilanda Tsunami yang lalu untuk dijadikan iktibar dan renungan bersama.

Tapi  kita tak boleh rasa selesa sebabnya Thailand merupakan negara pengeksport terbesar beras negara iaitu sebanyak 60% daripada 700 ribu tan. Kalau dah 1.38juta hektar sawah tenggelam mana  nak cukup beras kat negara kita ni.

Tumpuan sekarang ni semuanya terarah ke Padiberas Nasional Berhad(BERNAS). Mampu atau tidak  untuk cari penyelesaian dan alternatif bagi mengelakkan kekurangan bekalan beras dalam negara. Jawapannya pasti ditagih seramai 28 juta rakyat negara ini kerana beras merupakan makanan ruji negara.
 
KEGAGALAN BERNAS bererti permulaan sengsara kepada rakyat Malaysia..

Khalid Terkedu Sultan Sokong JAIS...

Terkedu MB Selangor apabila Sultan Selangor dalam titahnya mengatakan bahawa tindakan pemeriksaan JAIS ke atas gereja di Damansara Utama sebelum ini adalah betul dan mengikut peraturan..

Menguatkan lagi tindakan JAIS itu apabila Tuanku Sultan menitahkan Majlis Agama Islam Negeri Selangor (MAIS) dan JAIS memantau rapi serta mengambil tindakan sewajarnya tanpa teragak-agak selaras bidang kuasa yang diperuntukkan kepada kedua-dua agensi ini.

Dek kerana nak tutup malu, MB 'pilihan' rakyat Selangor ni pun terus mewujudkan satu jawatankuasa khas yang katanya untuk memperkasakan SOP JAIS dalam usaha memantau cubaan untuk memesongkan akidah umat islam dengan teliti dan berkesan.

Sebelum ni bukan main lagi JAIS dihentam bertubi-tubi. Seolah-olah tindakan JAIS tu salah dan tak tepat. Sekarang Sultan dah bertitah.. lawan la kalau berani...

Tak sabar tok nak tengok komen daripada hero-hero politik yang sebelum ni begitu hebat menghentam tindakan JAIS. Takkan senyap je kot??? Komen la sikit....

Isnin, September 19, 2011

Derita Amoi Saloon....

Baru-baru ni tok sempat teman member  pergi ke saloon  untuk cuci rambut di pantai timur.. kebetulan pulak masa tu memang ade kerja kat luar.. jadi sambil tunggu tok pun sempat la berborak-borak ngan owner kedai tu.. mula-mula owner ni macam sorok-sorok la nak cerita sebab takut tok ni orang tempatan. mungkin takut terkesan kat perniagaan dia kot..

bila dia tahu je tok orang luar dari negeri dia tu terus dia buka cerita tentang ketidakpuasan hati dia dengan apa yang dorang alami..  kalau ikut apa yang si amoi ni bagi tahu, dorang ni selalu rasa terpencil dan tak selamat.. sebab dorang ni kira kaum minoriti di kawasan bandar ni..

Amoi ni beriya-iya cerita yang sekolah cina kat kawasan ni pun penuh dengan kaum melayu..sampaikan subjek semuanya diajar dalam bahasa melayu kecuali matapelajaran bahasa cina la. dia kata budak-budak melayu kat sekolah tu selalu buli pelajar cina..tapi cikgu tak berani nak ambil tindakan sebab majoriti kat sekolah tu kaum melayu..

Penat cerita pasal masalah kat sekolah..amoi ni cerita pulak pasal kebebasan berpakaian dan pergaulan.. dia kata kat negeri ni susah sikit..semua nak kena pakai yang elok-elok.. tak boleh pakai yang mencolok mata.. orang mesti pandang je kalo pakai yang seksi.. terus amoi ni salahkan islam... tapi tok relaks je.. sebab tok tau yang amoi ni  tak diberi pendedahan dan pemahan yang jelas tentang islam tu..

sebenarnya masalah ni takde la besar mana pun.. cuma masalah yang tak besar ni lah yang perlu diselesaikan secepat mungkin..takut nanti merebak jadi besar dan tak boleh dikawal atau dipulihkan.. pemahaman tentang agama islam perlu diperjelaskan dan terangkan.. kenapa larangan-larangan tu dibuat.. yang bagus nya amoi ni mengaku yang larangan ni untuk orang islam saja..cuma dorang rasa terkesan sebab kekadang dorang pun tak pasal-pasal dilibatkan dalam operasi jabatan agama negeri tu.. cuma bila dah tersilap serbu jabatan agama ni minta maaf dan lepaskan dorang lar.. yang ni amoi tu takde la komen atau marah pun..

kita orang melayu ni jangan tahu nak mengamuk je kalau bangsa lain komen atau luahkan ketidakpuasan hati dorang.. kita kena renung dan fikir semula..sebab kita kan tinggal dalam negara yang berbilang kaum..jadi semua perlu saling memahami antara satu sama lain.. penjelasan perlu diberi untuk setiap tindakan yang dilakukan sekiranya menyebabkan sesuatu pihak berasa tidak selesa.. jangan guna kekerasan sebab agama islam tak pernah ajar macam tu..

pada kaum bukan melayu, jangan risau tinggal di negara ni sebab semuanya selamat dan sejahtera..anda bebas melakukan apa sahaja selagi tidak bertentangan dengan undang-undang dan yang utamanya tidak sesekali mengguris perasaan kaum melayu.. sekian....

Jumaat, Ogos 19, 2011

EKSKLUSIF: KIBARAN JALUR GEMILANG DI PUTRAJAYA SURAM!!!!


Sempena bulan kemerdekaan ni  marilah kita kibarkan Jalur Gemilang yang melambangkan semangat perpaduan rakyat yang cintakan tanahair.. kerajaan dah buat pelbagai program untuk menyemarakkan kibaran Jalur Gemilang ni..

Semalam tok ke Putrajaya.. sedih tok tengok kawasan dan suasana ke arah sambutan hari kemerdekaan kat sane.. semua kita tahu yang putrajaya ni adalah pusat pentadbiran kerajaan persekutuan.. dah semestinya majoriti yang tinggal kat sana tu penjawat awam.. terutamanya yang berteduh di kuarters kerajaan...

tapi malangnya, kesungguhan untuk mengibarkan bendera jalur gemilang ni memang nampak suram.. tak tahu lah di mana silapnya.. sepatutnya kesedaran ni dah lama ada sebabnya mereka ni lebih tahu yang kerajaan amat menggalakkan rakyat mengibar jalur gemilang di premis atau bangunan masing-masing..

cuba kita fikirkan dan renung.. kempen kerajaan satu rumah satu bendera pada bulan kemerdekaan ni kalau kita jayakan memang nampak tersangat meriah.. di putrajaya sepanjang laluan ke pejabat-pejabat kementerian pasti akan melalui kuarters kerajaan.. mesti indah lg permai kalau semua rumah di Putrajaya ni mengibarkan jalur gemilang...

janganlah hanya nak kibarkan jalur gemilang yang free jer.. kalau tak dapat yang free xnak kibarkan..bukannya mahal sangat pun sehelai bendera.. cuma RM10 je harga pasaran..kat supermarket belambak ada bole beli.. cuma nak dengan tak nak je..

tak guna kalau negara kita maju tapi semangat cintakan negara tu makin nipis dan cair..

Rabu, Ogos 17, 2011

EKSKLUSIF : PENDEDAHAN SERBUAN JAIS DI DUMC!!!

LAPORAN OPS AKIDAH di GEREJA
1. PENDAHULUAN

Laporan ini disediakan untuk memberi penjelasan berhubung operasi pemeriksaan orang Islam oleh Bahagian Pengutkuasaan Jabatan Agama ISlam Selangor di Kompleks Dream Center, sebuah kompleks yang disyaki beroperasi sebagai pusat komuniti dna gereja yang dijalankan pada 3 Ogos 2011 bersamaan 3 Ramadhan 1432 H beralamat di Dewan 3, Dream Center, Jalan 13/1, Seksyen 13, 46700 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

2. LATAR BELAKANG

2.1 Pemeriksaan dibuat berdasarkan maklumat yang mendakwa berkalkunya jemputan beberapa orang Islam ke Majlis berbuka puasa di gereja yang dinamakan "THanksgivng DInner" sepertimana alamat di atas.

2.2 Tindakan dibuat berdasarka peruntukan Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) tahun 1995 iaitu Menghina atau mempersendakan ibadat Agama Islam di kalangan penganut Agama Islam sendiri.

2.3 Siasatan susulan juga akan dibuat mengikut peruntukan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalanagn Orang Islam) Negeri Selangor Tahun 1988 yang berkuatkuasa ke atas orang bukan Islam dan orang Islam.

2.4 Program Thanksgiving Dinner ini diyaki bertujuan meraikan kemasukan sebahagian orang-orang Islam itu ke agama Kristian sambil menghina dan mempersendakan agama Islam kononnya sebagai Majlis Berbuka Puasa dengan melibatkan orang ISlam sendiri.

2.5 Operasi ini disertai oleh 13 Pegawai Pengutkuasa Agama Jabatan Agama Islam Selangor dan dibantu oleh sepasukan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) seramai 20 orang dari IPD Petaling Jaya dan SEA PArk.


3. PELAKSANAAN OPERASI

3.1 Taklimat Operasi telah diberi di Bilik Gerakan Penguatkuasaan JAIS lebih kurang jam 8:40 malam.

3.2 JAIS seterusnya bergerak ke lokasi berkumpul di Balai Polis Daerah PEtaling Jaya dan taklimat kepada anggota PDRM telah diberikan sebelum ke lokasi sasaran.

3.3 Lebih kurang jam 9:20 malam, anggota terlibat telah bergerak ke lokasi sasaran dan tiba lebih urang jam 9:30 malam.

3.4 Tiba di lokasi, didapati kompleks tersebut lebih berbentuk kom0leks komuniti yang diletakkan tanda nama Dream Center secara menarik, manakala perkataan Damansara Utama Methodist Church lebih kecil dan kabur pada waktu malam. Keadaan di kawasan tersebut tenang dan pasukan peguatkuasa dan anggota PDRM terus ke tempat yang disyaki iaitu Dewan 3 tanpa disekat oleh pengawal keselamatan yang bertugas di pondok pengawal.

3.5 Di dapati juga tempat yang tertulis auditorium dan penunjuk arah yang tercatat program Thanksgiving di Hall 3. Pintu Dewan 3 itu dihiasi bunga manggar tetapi tertutup dan lebih kurang jam 9:45 malam, beberapa orang dari pasukan penguatkuasa memasuki ke dewan 3 tersebut tanpa halangan dan berdiri berhempiran pintu masuk dewan berkenaan sambl membuat pemerhatian untuk memastikan sama ada terdapat orang Islam hadir dalam majlis tersebut.

3.6 Dianggarkan lebih kurang 100 orang yang terdiri dari berbagai-bagai bangsa termasuk yang disyaki berbangsa Melayu berada dalam majlis tersebut sedang mengdengar seorang sedang berucap (testimony) tentang dirinya yang pernah dibesarkan sebagai orang Islam.

3.7 Setelah membuat pemerhatian semalam beberapa minit, kami seterusnya didatangi oleh wanita yang tertulis nama di tag bajunya "Sofea" dan bertanyakan hal kedatangan kami. Kami mengadakan perbincangan di luar dewan tersebut dan membiarkan program yang sedang berjalan itu diteruskan.

3.8 Anggota PDRM dan JAIS yang telah masuk dewan tersebut diminta keluar sambil diberi arahan untuk menghormati majlis tersebut kerana dihadhiri oleh beberapa orang kenamaan dari dalam dan luar. Selain itu, mereka menyatakan bahawa tempat tersebut adalah tempat persendirian dan mereka mempunyai hak ke atas kawasan tersebut.

3.9 Kami menjelaskan tujuan pemeriksaan dibuat untuk memastikan sama ada terdapat orang Islam yang hadhir, namun Sofea dan seorang "tetamunya" cuba berdolak dalik dan cuba berjuhah serta mempertikaikan kuasa Penguatkuasa JAIS untuk memeriksa tempat persendirian. Mereka juga berjhujah bahawa mereka berhak menggunakan kalimah suci Allah dalam program Thanksgiving Dinner itu kerana tidak dilarang oleh kerajaan dan undang-undang kawalan sekatan Agama Bukan Islan tidak berkuatkuasa ke atas mereka. Kami jelaskan undang-undang telah berkuatkuasa dan mereka telah melakukan kesalahan jika terdapat orang Islam dalam dewan berkenaan.

3.10 Kami seterusnya meminta buku pendaftaran peserta program tersebut untuk memeriksa kehadhiran orang islam di majlis tersebut. Pada awalnya mereka memaklumkan bahawa program tersebut tidak dihadhiri oleh orang beragama Islam.

3.11 Cubaan kami untuk mendapatkan maklumat pendaftaran dari penganjur, tidak mendapatkan kerjasama dari pihak penganjur dan kami telah merampas beberapa dokumen iaitu tentatif program. Terdapat unsur-unsur yang meragukan dalam tentatif tersebut iaitu nyanyian kagu - Alhamdulillah & Allahuakbar. Salinan tentatif sepertimana dilampirkan.

3.12 Terdapat juga borang kuiz berkaitan agama Islam yang disyaki diedarkan kepada peserta yang hadir. Sesalinan lampiran kuiz tersebut dilampirkan. Sementara itu, anggota JAIS yang menjaga di pintu belakang premis tersebut mendapati beberapa orang yang disyaki orang Islam cuba dibawa keluar oleh penganjur melalui pintu belakang tersebut.

3.13 Setelah berbincang selama hampir sejam, mereka bersetuju untuk membenarkan pemeriksaan dibuat selepas majlis tersebut tamat dan pemeriksaan ke atas individu dibuat selepas peserta keluar daripada dewan tersebut.


3.14 Semasa masuk ke dalam dewan 3 tersebut bagi kali kedua, kami telah memeriksa tong sampah dan didapati terdapat cebisan kertas soalan yang telah dikoyakkan dan disi oleh peserta di dalam tong sampah tersebut dan kami telah mengambilnya untuk dijadikan bahan bukti (Lampiran sepertimana dalam plastik rampasan barang kes).

3.15 Pemeriksaan individu yang dibuat mendapati seramai 12 orang Islam menghadiri program tersebut. Mereka diberi notis arah hadir Majlis Agama Islam (MAIS) untuk memberi keterangan berhubung program pada malam tersebut iaitu (No. KP tidak didedahkan):

i) Nadeane Binti Che Mohd Salleh (Sofea) (79xxxx-01-6094)
ii) Muhammad Khairul Dhillon Bin Abdullah (69xxxx-08-6039)


iii) Ina Reima Fitriza Binti Mahadzir (85xxxx-71-5018)
iv) Ade Andrian Putra Bin Mahadzir (94xxxx-02-5609).
v) Nea Reima Mareana Binti Mahadzir (90xxxx-02-5778).
vi) Rasyidah Binti Razak (77xxxx-01-5908).
vii) Nur Umrah Binti Razak (95xxxx-01-6002).



viii)Mohd Haslan Bin Bob Hasnan (80xxxx-10-5045).
ix) Faridah Binti Abdul Rahman (71xxxx-12-5478)
x) Nur-Al Ashikin Binti Shaikh Dawood (72xxxx-10-5072)
xi) Faridah Binti Abdul Latep (72xxxx-71-5256)
xiii)Sahrunida Binti Asaad (81xxxx-08-6246)

3.16 Terdapat juga dikalangan ibu bapa yang beragama Islam yang hadir membawa anak-anak kecil.


4. ELEMEN YANG MENIMBULKAN SYAK
4.1 Walaupun dikatakan sebagai majlis berbuka puasa tetapi penunjuk arah dan itinerary program jelas mencatatkan bahawa majlis itu ialah "Thanksgiving Dinner" yang berunsurkan Kristian.
4.2 Hanya orang Islam yang dijemput khas telah hadir ke majlis tersebut dan ianya dibuat secara tertutup dan turut dihadiri orang bukan Islam.

4.3 Walaupun majlis itu adalah "Thanksgiving Dinner", terdapat usaha-usaha untuk mengelirukan orang beragama Islam kerana terdapat ciri-ciri tarikan iaitu:

          4.3.1 Bunga manggar diletakkan di hadapan pintu masuk dewan tersebut.

          4.3.2 Baju yang dipakai oleh peserta yang bukan beragama Islam iaitu baju kebangsaan, kebaya
                  dan baju kurung.

4.4 Peserta (Islam) seramai 3 orang Islam cuba melarikan melalui pintu belakang secara senyap.

4.5 Nyanyian lagu ALHAMDULILLAH dan ALLAH AKBAR yang terdapat dalam tentatif sedangkan ia dilakukan di tempat yang tidak sepatutnya.

4.6 Soalan kuiz Islam yang diberikan kepada peserta yang hadir.

4.7 Cebisan kertas soalan kuiz Islam yang siap di isi yang telah dikoyakkan oleh penganjur (dan dibuang ke dalam tong sampah di dalam dewan).

4.8 Majlis tersebut dilakukan di premis milik organisasi kristian iaitu Damansara Utama Methodist Church yang jelas ketara elemen-elemen Kristian yang mendedahkan unsur-unsur penarikan (Terutama sekali evengelical mission melalui papan kenyataan dan wall paper yang dipamerkan di dinding ruang legar premis tersebut.)

4.9 Ketika dan selepas pemeriksaan, penganjur beria-ia benar menyembunyikan fakta sebenar perjalanan program Thanksgiving Dinner itu terutama sekali engenai ucapan (testimony) yang dilakukanb oleh seorang yang dalam proses menukar agamanya dari Islam ke Kristian dan mereka yang berselindung di sebalik program Makan Malam Muhibbah atas semangat 1Malaysia.

4.10 Salah seorang yang mendakwa dirinya oenganjur utama telah ditanya secara lisan oleh Penguatkuasa JAIS kepadanya samada dia beragama Islam, dan dia menjawab "I Believe in God" dan enggan mengaku beragama Islam sedangkan berdasarkan kadpengenalannya jelas beliau seorang Islam.


5. PENAFIAN

5.1 Tiada sebarang serbuah dilakukan, bahkan JAS telah melakukan rundingan sebelum melakukan pemeriksaan.

5.2 Panganjur dan JAS bersetuju untuk menjalankan pemeriksaan individu di dalam Dewan 3 berkenaan setelah Majlis selesai dijalankan.

5.3 Majlis tersebut dihadiri kemudiannya oleh wartawan. JAIS telah dituduh memanggil wartawan tersebut sedangkan tiada jemputan dibuat oleh JAIS.


6. PENUTUP
Laporan ini dibuat bagi memberi penjelasan berhubung kejadian sebenar yang berlaku semasa operasi yang dilakukan.


Disediakan oleh:

Penolong Pengarah (Perancangan & Stratejik)
Bahagian Penguatkuasaan
Jabatan Agama Islam Selangor

Tarikh: 4 Ogos 2011
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Email ni tok terima dari seorang sahabat rapat uga menyayangi agama Islam... kalau benar lah apa yang dimaksudkan dalam laporan ni ternyata Islam itu dalam bahaya... sebelum nak marah pada orang lain elok renung kat diri kita dulu..takut nanti bagai meludah ke langit.. kita doakan mereka kembali ke pangkal jalan..amin

Jumaat, Ogos 12, 2011

PANAS!!! BABI JUADAH BUFET RAMADHAN!!!


Belum reda pasal kes gereja sekarang ni timbul pulak pasal iklan bufet ramadhan bermenukan daging babi.. semalam iklan ni keluar di suratkhabar The Star dalam sisipan yang bertajuk Ramadhan Delights.. apa benda ni semua??? satu kebetulan atau rancangan jahat untuk memecahbelahkan keharmonian rakyat di negara ni??

Semua sedia maklum yang suratkhabar ni dimiliki oleh kaum cina.. tapi ni orang cina yang dah lama duduk Malaysia bukan cina datang dari luar.. sepatutnya dah faham apa yang dorg boleh keluarkan dan sensitif terhadap benda-benda macam ni...

Menteri KDN pun dah panggil Ketua Pengarang ni mengadap untuk dapatkan maklumat lanjut dan penjelasan.. lepas ni mesti dorang akan mohon maaf secara terbuka.. ni dah biasa dah..sebab dorg ni tau, orang melayu yang agamanya Islam ni terlalu berlembut dan boleh ditolak secara beransur-ansur.. jadi tak perlu takut untuk lakukan kesilapan yang besar macam ni.

Tok berpendapat, syarikat ni perlu di denda atau berhenti operasi dalam masa tertentu. ni untuk pengajaran yang keras bagi syarikat yang tak mempedulikan sensitiviti kaum lain. jangan senang-senang je lepaskan orang macam ni.. tak mustahil akan keluar yang lain lepas ni kalau yang sekarang ni dilepaskan dengan mudah dan sekadar memohon maaf secara terbuka..

BOIKOT THE STAR!!!..

Khamis, Ogos 11, 2011

SENARAI NAMA ORANG ISLAM YANG DITANGKAP JAIS DI GEREJA METHODIST!!!

Seperti yang tok janjikan.. kat bawah ni tok sertakan sekali nama-nama yang telah dikenal pasti berada di gereja masa serbuan JAIS hari tu. Nama-nama ni tok dapat dari blogg Parpukari.. Sila lar tengok mana tau ada sedara mara kita yang terlibat.. kalau ada elok kita bimbing dan pimpin dorang kembali ke pangkal jalan.

12 ORANG ISLAM YANG DIKENAL PASTI

1) NADEANE BINTI CHE MOHD SALLEH (SOFEA) / 79XXXX-01-6094

2) MUHAMMAD KHAIRUL DHILLON BIN ABDULLAH / 69XXXX-08-6039

3) INA REIMA FITRIZA BINTI MAHADZIR / 85XXXX-71-5018

4) ADE ANDRIAN PUTRA BIN MAHADZIR / 94XXXX-02-5609

5) NEA REIMA MAREANA BINTI MAHADZIR / 90XXXX-02-5778

6) RASYIDAH BINTI ABD RAZAK / 77XXXX-01-5908

7) NUR UMRAH BINTI ABD RAZAK / 95XXXX-01-6002

8) MOHD HASLAN BIN BOB HASNAN / 80XXXX-10-5045

9) FARIDAH BINTI ABDUL RAHMAN / 71XXXX-12-5478

10) NUR AL ASHIKIN BT SHAIKH DAWOOD / 72XXXX-10-5072

11) FARIDAH BT ABDUL LATEP / 72XXXX-71-5256

12) SAHRUNIDA BT ASSAD / 81XXXX-08-6246

Kalau ikut senarai nama kat atas ni memang soheh semua melayu dan automatik dorang ni Islam.. ni  yang kita tau. tu pun sebab kena tangkap dengan JAIS.. macam mane pulak yang belum kena tangkap? berapa ramai agaknya yang kat luar tu sama kesnya dengan yang ada ni...


AYUH BANGKITLAH UMAT MUHAMMAD..PERTAHANKAN KESUCIAN AGAMA ISLAM SUPAYA TIDAK SEWENANG-WENANGNYA DIPERLEKEHKAN!!!

PANAS!!! HARUSSANI GESA JIHAD PERTAHANKAN ISLAM!!!


Serbuan JAIS ke atas sebuah gereja Methodist Damansara Utama baru-baru masih lagi hangat diperdebatkan... dakwaan penyebaran agama kristian kepada orang islam dikuatkan lagi dengan penahanan 12 orang yang beragama islam ketika sebuan dibuat.. nanti tok bagi nama 12 orang ni k.

Sebenarnya, penyebaran agama lain kepada orang islam memang bercanggah dengan perlembagaan negara kita ni. Artikel/Perkara 11 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa Islam merupakan Agama rasmi Persekutuan. Sungguh pun begitu setiap orang berhak mempraktikkan agamanya sendiri. Jadi memang menjadi satu kesalahan besar kalau melanggar akta dan perlembagaan ni. bukan saja dari segi undang-undang tapi juga keharmonian negara kita ni..

Bukannya orang tak tau yang hal ni wujud bahkan dah lama wujud sejak merdeka lagi. tapi dorang ni buat-buat tak tau dan tak mau amik tau.. bila dah jadi huru-hara baru nak buat-buat tersedar dan minta maaf. jangan ambil kesempatan terhadap orang melayu yang menganuti agama Islam.. kelak binasa menanti..

Hari ni mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria juga mengeluarkan kenyataan bahawa wajib untuk umat Islam berjihad mempertahankan agama ALLAH daripada dicemari dan terus diperkotak-katikkan. bagi mereka yang ambil tak endah dan pandang remeh perkara berkaitan agama ni boleh dianggap kufur.. Fardhu ain mempertahankan agama Islam daripada dicemari.

Kalau orang Islam dah tak boleh bercakap mempertahankan agama Islam elok mati je lah.. kalau negeri yang ditadbir pemimpin Islam tapi tak dibenarkan untuk memperjuangkan perihal agama Islam elok tukarlah... PRU 13 dah dekat.. anda mampu mengubahnya..

Selasa, Ogos 09, 2011

GEMPAR!!! NAJIB UMUM, PENJAWAT AWAM RAYA AWAL!!!


Datuk Seri Najib menceriakan sambutan raya 1.27 juta penjawat awam di negara ni dengan pengumuman bonus setengah bulan gaji semalam.. memang raya tak ingat lar nampak gayanya.. bukan setakat penjawat awam..yang dah berpencen pun dapat duit jugak kerajaan bagi.. untung betul kali ni untuk pesara sume.. duit pencen dapat duit raya pun dapat..bertuahnya badan.... terima kasih untuk Najib dan kerajaan..

Hari ni adalah hari paling efektif untuk penjawat awam.memang memuncak prestasi hari ni sebab dapat bonus raya ni..heheheh... tok harap bukan setakat hari ni je lah..biarla berterusan sampai bila-bila... sebab kalau kerajaan tak bagi bonus pun tetap juga kena kerja dengan tekun dan efektif..

satu lagi, harapnya takde la pengumuman atau sidang media dari mana-mana pihak yang 'tetiba' nak naikkan harga barang atau komoditi.. alasan standard tak mampu untuk tampung harga kos yang meningkat.. haish... selama hari ni tak meningkat pula kos tu.. dan-dan penjawat awam dapat bonus pula yang harga kos meningkat.....

tak perlu naikkan harga sebab peniaga semua pun dapat 'bonus' daripada penjawat awam.. duit bonus dorang dapat tu mesti dorang guna untuk membeli-belah.. secara tak langsung bonus tu sebarnya untuk peniaga kat Malaysia ni.. jadi, ni la yang dikatakan sama rata sama rasa....

Isnin, Ogos 08, 2011

TERBONGKAR!!!!! Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara Hina Islam

Korang tengok la sendiri apa ke ceritanya budak pompuan yang tak sedar diri ni tulis pasai Islam... Baca tulisan yang aku amik dari blog panglima harimau kat bawah ni..

Sebelum ni Panglima ada buat artikel pasal Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara [Sini] dan kali ni Panglima akan tunjuk wajah si bangsat ni yang sebenar. Panglima ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada kumpulan hackers GaySec yang telah mendedahkan identiti sebenar si bangsat ni.


Si bangsat ni aktif di

Malaysian Apostate FB Group
Malaysian Athiest, Freethinker, Agnostic
Friendlyatheist.com

Apabila si bangsat ni online, dia akan guna proxy agar tidak mendedahkan ip address yang sebenar, dan terdapat satu gambar beliau bersama-sama dengan Marina Mahathir


Dan korang boleh semak maklumat daftar pemilih beliau. No kad pengenalan beliau adalah 850626-14-6572. Kepada korang yang dah lama cari si bangsat ni, boleh la mulakan buruan untuk dibawa kemuka keadilan.


Panglima Harimau "Sepandai-pandai si bangsat ni sorokkan identiti, akhirnya kantoi juga. Bukti Allah maha besar"

Sumber: http://panglima-harimau.blogspot.com

kalau betol perkara ni berlaku korang pikir la apa nak buat kat pompuan macam ni kalau jumpa.

Selasa, Ogos 02, 2011

MIC Hero Kaum India???

gambar: free malaysia today

Bukan main lantang lagi si Palanivel ni..siap bole ugut nak keluar BN kalau serap parti india lain selain MIC.. Kononnya MIC saja kat Malaysia ni yang perjuangkan hak kaum india...Betolke?? Kalau betol takkan la wujud parti lain yang perjuangkan kaum india ni kan..

Ingat lagi tak pasai HINDRAF? kenapa pertubuhan ni wujud kalau MIC begitu berjaya memperjuangkan nasib kaum india kat Malaysia ni?? dorang ni siap boleh bersekongkol dengan pembangkang masa perhimpunan haram bersih yang pertama dulu. nasib kerajaan pandai selesaikan masalah dorang ni.. kalau nak harapkan MIC keseluruhannya belum tentu selesai lagi.. sekarang ni dah jadi parti berdaftar yang sah Parti Makkal Sakti Malaysia..Kalau diikutkan memang banyak persoalan nak dibangkitkan.. tapi mampu ke nak dijawab??

Kalau nak jadi hero pun biar la kena pada tempatnya.. baru dapat jawatan menteri penuh tak sampai sebulan dah naik tocang.. ni semua penangan PRU lah ni.. sekarang ni semua kononnya nak tunjuk hebat la.. pejuang untuk bangsa dan kaum masing-masing...pppiiiirrrraaaaahhhhh!!!!

tok cuma nak ingatkan je.. rakyat sekarang tak bodoh.. dah boleh menilai mana yang terbaik untuk dorang.. jangan salahkan rakyat kalau kalah lagi PRU 13...

Isnin, Ogos 01, 2011

Ramadhan Datang Lagi....


Indah sungguh bulan ini
Setiap malam penuh seri
Bulan Ramadhan penuh erti
Syaitan semua cabut lari

Bila syaitan semua tak ada
Anak Adam semua gembira
Tapi jangan kita lupa dan leka
Takut kita pula isi tempatnya

Puasa baru sehari
Tapi ramai dah mula 'jolly'
Jangan sampai lupa diri
Ramadhan sia-sia Aildilfitri tak bererti

Hidup ini hanya sementara
Gunakanlah Ramadhan ini seadanya
Selamat Berpuasa untuk semua
Semoga diberkati kekal selamanya..

Rabu, Julai 20, 2011

Copa America: Hadiah Larissa kalau Paraguay menang...


Copa America sekarang ni dah nak sampai penghujung dah... Uruguay dah sahkan tempat ke final ahad ni (24 Julai 2011). tinggal satu  pasukan je lagi yang kita tunggu Paraguay atau Venezuela... perlawanan untuk satu lagi tiket final berlangsung hari ni.

pasukan pilihan  Brazil dan tuan rumah Argentina semuanya bungkus kat suku akhir... memang kempunan lar nak tengok Messi lawan Neymar kat final.. kalau tak mesti meriah sambutan penonton kan?? macam-macam aksi dan ragam penonton kita bole tengok..
selalunya yang gila tengok bola ni lelaki.. tapi sekarang ni trend tu macam dah berubah... perempuan sekarang  lagi gila tengok bola daripada lelaki.. tak kira siapa.. ahli politik, artis, model, tukang sapu.. semuanya sanggup berjaga tengah malam.. tak tidur sampai pagi semata-mata nak tengok pasukan kegemaran dorang main..

dorang ni bukan takat pakai jersi pasukan jer..ada yang lagi hebat siap conteng muka, badan untuk tunjukkan betapa fanatik nya dorang dengan pasukan yang disokong.. kalau pasukan dorang kalah menangis  sampai berjurai-jurai air mata.. nak tunjukkan kecewa dan sedihnya dorang ni...heheheh

ada yang lagi hebat.. siap berani berjanji nak lari tanpa seurat benang pun ada.. tak caya eh??? baca statement kat bawah ni..

“If Paraguay win the Copa America then I shall pose nude on the pitch,” she said as she gestured in the direction of the Brigadier General Estanislao Lopez stadium before today’s match against Ecuador. “I think we’ll do well at the Copa,” forecast Riquelme, who intends to follow all her country’s matches on the spot.

Larissa Riquelme: Model
Amacam??? sekarang percaya?? ni semua bonus lar kalau Paraguay menang.. masa piala dunia dulu pun dia pernah janji. tapi Paraguay kalah... apa-apa pun kita nantikan je lah kesudahannya.. sebab sekarang ni Paraguay masuk final pun belum sah lagi..ni kan pula nak jadi juara.. tapi kalau jadi juara memang bonus untuk semua lar...hahahah.. tok lagi suka Uruguay menang.. sebab Suarez main dalam pasukan tu.... :)

p/s: mesti ramai yang tengah berdoa supaya Paraguay menang Copa ni...heheheh

Blogger tak kebal....

 
media baru sekarang ni memang banyak mencorak senario politik negara... tapi ni tak bermakna kita bole tulis apa sahaja yang kita suka.. setakat pandangan peribadi dan ke arah pembinaan bangsa memang sangat-sangat dialu-alukan..
blogger kebanyakkannya cenderung kepada penulisan tentang gossip artis dan politik.. ni pun sebab golongan muda sekarang ni banyak yang bergantung kepada media baru daripada media arus perdana.. bila pembacanya ramai, sepatutnya perlu ada pengawasan atau disiplin dalam penulisan.. tak boleh la kita secara sembrono nak fitnah, tuduh atau apa-apa yang negatif tanpa usul periksa.. kalau benar dakwaan kita tu tunjukkan bukti.. tak kira dari parti mana pun.. yang penting apa yang dibongkarkan adalah benar.. pasti semua akan setuju...

semalam Mahkamah Tinggi suruh Amizudin Ahmat bayar RM 300k pada DS Rais Yatim sebagai ganti rugi.. tak ke parah macamtu.. bukan sikit duit nak kena bayar.. ni semua dek kerana artikel yang bertajuk "'Hei Pak Menteri...mana mau lari...'.  artikel ni pasai tuduhan yang DS Rais Yatim ni rogol amah dari Indonesia... memang jadi cerita hangat artikel ni dulu..

tapi sekarang apa yang dia dapat??? kena saman ada lah.. ini bukan soal lawan kerajaan ke apa.. tapi soal etika dan disiplin diri.. jangan pulak nanti jadikan isu.. Dato' Rais menang sebab dia menteri.. dah lain pulak ceritanya nanti... jangan heret mahkamah dalam politik.. hancur negara dibuatnya..

pada tok, elok kes ni dijadikan sebagai pengajaran bersama.. sekurang-kurangnya kita lebih waspada dan bertanggungjawab dengan apa yang kita tulis.. sebelum ni kes twitter sekarang ni blogger..lepas ni apa pulak agaknya..... media baru tak salah..yang salah orang yang guna tu....

Selasa, Julai 19, 2011

Bahana Gadget: Manusia tak bermasyarakat???

fenomena penggunaan gadget (telefon pintar /tablet) semakin menular... pengeluar barangan elektronik dan syarikat telekomunikasi turut terlibat mencorak serta merancakkan lagi fenomena ini.


setiap minggu atau bulan ada saja iklan @promosi berkaitan produk terbaru.. bukan saja telefon bimbit malah telah beralih pula ke bentuk 'tablet'... jenama terkenal seperti mac, blackberry, android & samsung terus menjadi pilihan.

pada asalnya, gadget ni dihasilkan bagi memudahkan masyarakat mengakses internet dan maklumat dengan pantas.. tapi...,kini semua golongan mempunyai gadget yang sama dengan maksud dan tujuan yang berbeza...

walaupun secara lahiriahnya dilihat baik untuk perkembangan minda tetapi terdapat juga masalah serius yang bakal melanda sekiranya perkara ini tidak dikawal dan ditangani dengan bijak.

remaja sekarang ni terlalu obses dan khusyuk dengan gadget dorang. perkara yang berlaku disekeliling kurang diambil perhatian.. ni lah punca kenapa golongan ni mudah terdedah kepada bahaya... contohnya waktu dalam tren. kelekaan dorang ni bermain dengan gadget selalunya mengakibatkan mereka menjadi mangsa ragut dan curi.. semuanya sebab kelalaian sendiri. orang memang tunggu masa je nak amik peluang.. pastu kita pula bagi peluang..memang terbaek la.....

ketaksuban terhadap fenomena gadget ini boleh merencatkan usaha kerajaan untuk mengukuhkan perpaduan dan mengeratkan hubungan antara satu sama lain.. kita lebih suka duduk menyendiri di rumah daripada menghadiri mana-mana kenduri atau yang melibatkan pergaulan bersama masyarakat.. alasannya.. tak ada keperluan terhadap benda yang begini..

biasanya kalau datang pun duduk di hujung bucu dinding atau celah-celah mausia. Tapi mata ngan tangan masih tak lekang main dengan telefon...

ada juga yang terbawa-bawa sampai ke meja makan… kalau makan dengan keluarga tak apalah.. tapi kalau jiran atau sedara mara macam mane?? apa dorang kata nanti.. pasti kena label sebagai kurang ajar dan tak tahu adab sopan… lebih parah dan teruk lagi kalau ada yang cakap mak ayah kita tak tahu mengajar anak!!!! Jangan marah kat dorang tapi salahkanlah diri sendiri.. sebab kita la dorang cakap macam tu....

sekarang ni kita sendiri tentukan… nak dilabel sebagai kurang ajar dan tak sopan atau apa??? Bukannya tok nak tegah guna gadget ni..tapi biarlah kena pada tempatnya.. janganlah sampai tak bermasyarakat… nak jadi apa macam tu???

Ashraf @Aleesha tak kesian kat mak ke????

Memang menggemparkan bila seorang pemuda ingin menukar nama kepada nama seorang perempuan... matlamat asalnya dilihat cukup mudah iaitu menukar nama yang tertera pada kad pengenalan kepada nama yang baru.. tapi implikasinya cukup besar......

Mahkamah Tinggi di Terengganu semalam telah menolak permohonan En. Mohd Ashraf Abdul Azizi yang ingin menukar namanya kepada Aleesha Farhana Abd Aziz........ apa dah jadi sebenarnya ni???

kalau nak kata nama yang mak ayah bagi sebelum ni memang dah sedap dah.. makna Ashraf tu sendiri dah membawa maksud 'Yang Mulia'.... tapi kenapa tak nak teruskan kemuliaan tu??? mungkin nama Aleesha ni dianggap lebih sesuai sebab maksud nama ni pun hebat 'Dilindungi Allah'.....

sekarang ni semua yang perlu untuk menjadi wanita dah dilakukan dek Ashraf... termasuk la menukar jantina di Thailand.....  tinggal nama dalam kad pengenalan je lagi yang belum selesai... nasib baik agama tak diminta tukar..... kalau tak memang sama macam kes Lina Joy lar.....memang kecoh lagi dibuatnya nanti... bab-bab agama ni bukannya boleh di buat main....

pada pendapat tok, memang tepat keputusan yang dibuat dek mahkamah... tok ni tak reti undang-undang tapi secara logik boleh la.... kalaulah mahkamah benarkan permohonan tukar nama ni..memang akan sibuk la pejabat pendaftaran lepas ni... bukannya apa... cuba kita pikirkan berapa ramai lagi yang akan mohon untuk tukar nama..alasannya jiwa mereka lebih kepada perempuan walaupun dilahirkan sebagai lelaki...nak ganas lagi.. dorang tak minta dilahirkan sebagai lelaki...

suratkhabar arini juga ada menyebut yang kehendak Ashraf ni mendapat sokongan mak ayahnya... ye ke ni??? hati mana yang tak luluh dan hancur kalau anak yang disayangi tukar jantina dan mengubah ketentuan Allah??? mungkin depan anak dorang ukir senyum tapi dalam hati siapa yang tahu....

fikirlah sebaik-baiknya sebelum buat keputusan yang besar macam ni...kesian kat mak ayah kita yang penat besarkan kita ngan kasih sayang.....

Isnin, Julai 18, 2011

Tok Sogo... Si Pengemis atau Sufi???

Dalam semua tengah sibuk mencari siapa salah siapa yang benar... tak cukup jari-jemari yang ada untuk dituding... yang berarak menyalahkan pihak berkuasa dan kerajaan.. yang dituduh dan difitnah teguh bangkit menegakkan kebenaran.. sampai bila pun tak kan habis kisah ni.. tapi.. elok kita nilai ape yang tersurat dan tersirat disebalik luahan rasa orang tua ni yang dikenali sebagai "TOK SOGO"....heheheheheh

mungkin ramai yang mempertikaikan kredibiliti tok sogo ni..sebabnya, dia hanya seorang pengemis jalanan.. macam tak masuk akal kalau kita labelkan tok sogo ni sebagai orang kurang siuman... siapakah sebenarnya tok sogo ni??? pengemis???? orang kurang siuman???? atau ahli sufi????? tapi bagi tok, siapa sebenarnya tok sogo ni masih lagi menjadi tanda tanya.... kita ikuti sorotan video berkenaan luahan hati tok sogo tentang perhimpunan haram BERSIH baru-baru ini.....


tok sogo yang duduk melepak di tangga batu sogo ni pun boleh pikir...ni kan pulak kita yang berpelajaran tinggi... pikiran kita boleh berbeza..tetapi jangan dilacurkan kesetiaan kepada agama dan bangsa demi mencapai cita-cita yang tak kunjung tiba....

Selasa, Julai 12, 2011

Politikus jadi pelakon.....

apa dah jadi nih??? heheheheh...

tindakan yang diambil PDRM berjaya menggagalkan himpunan haram BERSIH 2.0 pada 9 julai lepas..semua kita pun tahu yang ramai kena tangkap dengan polis.. terutamanya penggerak utama perhimpunan haram ni yang terdiri daripada pemimpin parti pembangkang...

bila dah tak capai matlamat, dorang ni mula main 'game' lain pulak... sekarang ni semua pakat-pakat nak jadi pelakon.. ada yang bawa watak macam pengemislah, OKU dan sebagainya semata-mata untuk meraih simpati rakyat...

kalau dorang berterusan macam ni, memang susahla artis kita nak cari makan..sebab dorang punya penghayatan lebih dahsyat.... serba menjadi watak yang dilakonkan tu...

kepada artis-artis di luar sana tu, cepat-cepat la fikirkan inisiatif lain untuk cari pendapatan.. pergi la ambli kursus berniaga ke apa.. asalkan boleh tampung kehidupan korang... saingan untuk dapatkan 'job' sekarang ni dah makin tipis dengan penyertaan politikus yang terjun ke bidang lakonan....

Kak Rosnah dah 'prepare' awal dah....

kebetulan pulak nak masuk bulan ramadhan dah.. elok korang semua minta tapak untuk berniaga kat bazaar ramadhan.. untung memang berlipat kali ganda..rezeki murah insyaallah masa ni.. ni sebagai 'backup plan' sementara nak tunggu politikus ni keluar dari bidang korang ni.....heheheheh

Isnin, Julai 11, 2011

Ayuh semarakkan semangat kemerdekaan....

Bulan merdeka dah makin hampir tiba.. cuba kita lihat apakah sudah cukup persiapan kita sebagai rakyat yang cintakan negara... cara mudah untuk memperlihatkan kecintaan kita pada negara adalah dengan mengibarkan Jalur Gemilang....

Tahun ini sambutan kemerdekaan tidak akan dilakukan pada bulan ogos seperti kebiasaan.. sambutan kemerdekaan akan dibuat pada bulan september bersekali dengan sambutan Hari Malaysia...

yang menariknya.. sambutan kemerdekaan kali ini bersama dengan bulan ramadhan.. maka pastinya bulan ramadhan ini yang akan di dahulukan... sebab masa bulan ni je pun yang boleh dapat akses masuk syurga terus kalau hilang nyawa...heheheheh... ini sebenarnya sebagai menghormati dan mendahulukan bulan yang mulia bagi seluruh umat islam...bagi tok, keputusan yang dibuat cukup bijak dan pasti menyenangkan hati rakyat....

Pelbagai program dah dirancang demi memastikan semangat cintakan negara terus bersemarak... ada program berbentuk kembara..ada yang berbentuk pertandingan dan macam-macam lagi.... harapnya cara ini dapat menyuntik semngat kemerdekaan dalam jiwa dan sanubari rakyat Malaysia...

untuk sambutan hari raya tahun ni lebih dikenali sebagai Sambutan Hari Raya Aildifitri Merdeka...

pasti ramai yang tertanya-tanya.. apa tema hari kemerdekaan pada tahun ni kan??? telah diputuskan bahawa tema hari kemerdekaan pada tahun 2011 ialah:
" 1Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera"

semoga apa yang ditemakan menjadi kenyataan..yang penting rakyat gembira dan selesa dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan...

wassalam.....

Jumaat, Julai 08, 2011

Gadis zaman sekarang....

Bila sebut saja perkataan gadis terus kita terbayang seorang perempuan yang berwajah cantik, montok, pinggul lentik dan bermacam-macam lagi kriteria yang diidamkan oleh lelaki...

ada juga lelaki yang tak menjadikan kriteria ini sebagai garis panduan memilih gadis idaman. cukup sekadar yang berperwatakan biasa, mempunyai pegangan agama dan berbudi bahasa.... memang beruntung la dapat bakal suami macam ni... memang lelaki melayu terakhir kalau ada sifat macam ni..... tapi tok nya pilihan mestila hanya yang terbaik dari ladang....heheheheh

dunia moden sekarang ni dah mengubah segalanya.. dulunya lelaki yang memilih tapi sekarang si gadis yang lebih.. nak lelaki yang bergaya, paras rupa kriteria utama... alasannya tak nak nanti anak tak comel macam bapak......heheheheh... lelaki yang dah kahwin sasaran #1. alasannya dah 'established'... duit semua dah ada.. kalau tak ada takkan boleh kahwin....hmmmmm

tok dengar ada pulak 'trend ' terbaru sekarang ni.. tunang dengan orang lain tapi tetap ada 'boyfren'!!!!!! macam mane la tu eh?? alasannya tunang tak tahu dan tak kisah saya ada ramai kawan lelaki..... pokoknya sekarang ni, tunang anda hanya tahu pasai ramai kawan lelaki.. bukan nya tahu anda ada teman lelaki..... kesian kat orang yang nasib macam ni.. tak kisahlah lelaki ke perempuan.. kalau buat macam ni memang hampeh la tu....

bukan ke kena ada kesetiaan?? baru la datangnya kebahagiaan...... kawan biar beribu tapi bercinta dan setia pada yang satu...heheheheh

tok bangkitkan isu ni bukannya apa.. sekadar mengingatkan je.. sebab perempuan terutamanya mempunyai tempat yang begitu tinggi di hati lelaki....

wassalam.....

Khamis, Jun 30, 2011

Rugi ke kalau guna bahasa kebangsaan sepenuhnya???

penggunaan bahasa malaysia sepenuhnya dalam iklan memang dipandang ringan oleh syarikat di Malaysia... bukan ke sepatutnya dah dinyatakan iklan perlu menggunakan bahasa malaysia dan bukan bahasa rojak...

selalunya garis panduan terus jadi tunggul dan takkan ada yang peduli pun.. yang penting, iklan yang dikeluarkan diterima oleh golongan sasar khususnya dan masyarakat amnya.. isu ni tok rasa dah banyak kali diperdebatkan..

tok teringat satu kes yang melibatkan iklan sebuah pengendali makanan segera yang tersohor di dunia ni.. iklan cetak yang dikeluarkan memang menarik. tapi hanya disebabkan satu perkataan syarikat tu mendapat kritikan yang hebat... kes nya sebab perkataan 'special' ditukar kepada ejaan bahasa malaysia 'spesial'...

sama jugak kesnya dengan iklan karnival besar-besaran kat negara kita ni.. mula-mula guna nama 'sure heboh'.. memang heboh habis dibuatnya.. lepas tu tukar kepada 'jom heboh'.. tak nampak pun ada kekurangan dengan tukar kepada bahasa malaysia.. tetap juga mendapat sambutan dan meriah setiap kali karnival ni diadakan...

sepatutnya semua pembuat iklan dan syarikat yang nak mengiklankan produk kena lah prihatin dengan perkara macam ni.. jangan buat ikut suka.. sebabnya iklan juga merupakan salah satu cara untuk memartabatkan bahasa ibunda kita..

sekarang ni dah keluar satu lagi iklan pulak pasai kereta.. iklannya memang 'tip-top'..tok pun suka iklan ni..tapi bila mengenangkan apa akan jadi pada bahasa kebangsaan membuatkan tok terpikir... siapa sebenarnya yang bertanggungjawab untuk mengawal sindrom rojak dalam iklan di negara kita ni...

DBP ke yang bertanggungjawab? tok kaitkan DBP sebab institusi ni yang menjaga segala perkara berkaitan bahasa kebangsaa di negara kita ni.. atau kementerian penerangan??? sebab semua media adalah di bawah kawal selia kementerian ni.... tak kisahlah apa badan sekali pun yang bertanggungjawab.. yang penting hal macam ni perlu diberi perhatian...

Rabu, Jun 08, 2011

Susah ke nak berADAB dan SOPAN???


Memang tepat dan kena pada masanya kempen budi bahasa budaya kita diberi nafas baru... mungkin payah sangat masyrakat berbilang kaum kita ni nak faham apa maksud sebenar budi bahasa tu.. perkara ni tak kan jadi susah kalau dah memang dibudayakan dalam kehidupan kita seharian..

sekarang ni kementerian penerangan komunikasi dan kebudayaan tukar nama kempen ni kepada Kempen Adab dan Sopan.. yang ni pun kalau tak faham juga elok berhentilah jadi rakyat negara Malaysia...... perkataan yang dipilih ni lebih fokus dan menjurus pada apa yang dimaksudkan dalam kempen sebelum ni...

aku pernah tengok sendiri macam mane gelagat rakyat Malaysia yang tak faham tentang budi bahasa atau adab sopan...kami singgah untuk minum petang kat sebuag kedai di tanjung lumpur pahang.. kedai ni memang antara kedai yang popular untuk makanan goreng2 ni lar...minum petang biase la...keropok lekor, udang goreng sume..tapi makanan yang popular kat sini ialah ICT (Ikan Celup Tepung)..... gah sungguh nama menu kedai ni...heeeee

orang yang datang makin lama makin ramai...meja sume penuh...tapi yang tak syok nya..ade satu kumpulan manusia yang bukan melayu ni..dah abis makan semua dah..tapi buat tak paham jer..asyik beborak, ketawa berdekah2... sampai ada yang tunggu sebelah meja dorang pun dia buat tak paham jer... apa lah slahnya kalau dah abis makan tu terus bangun bagi orang lain plak duduk untuk makan... bukannya susah sangat nak buat semua tu..tapi ni lah cerminan kalau kita tak ada adab dan sopan....

kalau bangsa Melayu ni aku tak heran sangat sebab budaya dorang ni memang kaya dengan adab sopan..tapi tak dinafikanlah ada juga yang terkehel.. lagi buruk perangai daripada orang yang bukan melayu.... tapi ni bukan alasan untuk tak beradab sopan...sebab adab sopan ni tak mengira bangsa dan keturunan...


aku suka sangat nukilan Usman Awang ni...

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan

jadi, sama2 la kita hayati dan pikir... tak berjaya sesuatu kempen yang baik bukan sebab sesebuah bangsa tu.. tapi dek kerana manusia tu sendiri yang tak mahu berubah ke arah kebaikan...

Membelah awan meneruskan impian......

bulan jun ni memang padat dengan aktiviti dan acara. memang tak menang tangan dibuatnya.. nasib la ada rakan2 yang prihatin dan sanggup untuk sama2 berjuang bagi mencapai matlamat yang sama.

boleh kata untuk bulan ni, memang banyak negeri aku lawati.. bukannya atas sebab suka2 tapi semuanya adalah atas tiket kerja dan amanah.. kalau tak, mungkin aku boleh pergi jugak cuma tak adalah sekerap ni..siapa nak bayar duit tiket dek oooiii.....heeeee....

ramai yang kata best la dapat berjalan free ke negeri orang.. boleh la gi shopping apa bagai... yang dengar dan tengok memang akan cakap benda camtu tapi tuan punya badan yang pergi je tau apa ke rasanya... nama pun atas tiket kerja dah semestinya kerja diutamakan pencapaian diutamakan...heheheh.... kalau tak tercapai jangan harap dapat peluang untuk terus membelah awan kan???

pada aku yang penting,... kita kerja mesti mau ikhlas...cuma satu jer..ikhlas ni tak boleh sebut..kalau sebut nanti dah jadi tak ikhlas pulak...heheheheheh...

terus berjuang......

Salam semua.... dah lame benar rasenye tak menulis kat blog aku ni... baru aku perasan yang bulan mei aritu satu entry pun xde aku masukkan... bukannyer kecik ati or lari ke mane pun... cume xsempat nak menulis... bnyak criter dan kenangan yang aku lalui dan tempuhi untuk bulan mei lepas.. tapi tak apelah.. kite kene terus maju ke depan...

sekarang ni, mase amat suntuk dan singkat aku rasa..macam2 hal dan benda nak kena diuruskan.. kalau tak dapat buat kang memang saja lar nak suruh diri kena pancung... aku dapat rasakan yang bulan jun ni juga akan ku lalui dengan kesibukan yang hampir sama dengan bulan Mei..

insyaallah... ada masa pasti aku akan coretkan dalam blog aku yang tak seberapa ni.. sekadar berkongsi pengalaman dan melontarkan pandangan mengikut perspektif diri ini. ada masa kita jumpa lagi...

wassalam.....

Rabu, April 13, 2011

Miri: Burger pun kempen jugak!!!!!!!!

dalam kemeriahan bkempen sempena pilihanraya umum negeri sarawak ke-10 ni..mmg xdinafikan, poster, bunting,banner dan sume barangan untuk mempromosi parti dan calon yang bertanding bole dilihat di setiap ceruk dan sudut kawasan... ni smata2 untuk memperkenal dan menarik minat pengundi untuk mengundi calon parti2 yg btanding....

aku tertarik dengan poster yg dkeluarkan dek restoren makan segera Miri ni... poster ni bnyak di tampal di cermin2 premis smata2 untuk menarik perhatian pelanggan yg lalu-lalang di kawasan pasaraya E-Mart di Permai Jaya ni....

kebetulan plak arini TPM buat tinjauan mesra kat kawasan tu..ye lar..name pun waktu bkempen.. so trun padang lar jenguk pengundi...ade skali td calon2 yg btanding..senangla nak bkenalan ngan pengundi2...orang mmg ramai tadi.. peniaga kt situ pun dah ramai..d tambah dengan penyokong parti lg....orang ramai yg hadir kt ctu lg..mmg meriah la kawasan tu td...

so, bile ade poster yg pelik cm gambar kt atas tu mmg menarik perhatian ramai... dorg sume mule2 mcm termenung lame jap tngok poster tu.... lame2 bile dorg amat-amati lama2 dorg trus senyum sendiri..... rupe2 nye promosi burger jer...heeee

tp pada aku..inisiatif mcmni mmg bagus sgt2....ni baru lar omputih ckp brilliant...heeee.... kalo parti sume sibuk kempen untuk menang pilihanraya..yg kedai ni pun sibuk gak kempen untuk naikkan jualan dorg.....heee... tngah tmenung jap... pkir pe plak yg aku jumpe kat sni lg nnt....

Susah cari tempat "charge battery".....

fuhh.... mengeluh panjang gak lar delegasi yang ikut datuk ke filipina kali ni... mane tak nyer..dah lar perjalanan amik mase yg panjang.... letih btolak awal pagi dari TUDM Subang tu pun xabis lg...duk dalam charlie M30 tdo jer...xbegerak ke mane pun sementara nak smpai ke Davao dari Cotabato tu..sume muke dah boring jer dah... so, sume mmg xsabar nak smpai Davao ni... battery masing2 dah weak dah.... ade yg dah smpai macam ultraman pun ade... lampu kat dada dah kelip2 dah.... heee...

smpai2 jer kat lapangan Davao tu trus dorg bwak nek van... ni lampu battery dah bkelip2 ni... sume plan smpai kat hotel jer trus charge battery.... bru ade tenaga nnt nak angkat beg pe sume kan... ade la dalam 20 minit pjalan kami pun smpai kat hotel. hotel ni kategori hotel mewah gak la... kami yg media ni pun kene lar dok kt sni skali..dah datuk duk kt cni..sng nnt kalo ade pe2 perubahan program ble cepat dpt tau... harga hotel smlam pun bole tahan...

member2 yg ikut ni pun sume amik port masing2... baru nk charge je dah guard hotel dtg... dia kate kt hotel xle charge battery... rupenye dorg ade sediakan tempat khas untuk charge... tmpat khas pun khas lar...sume menderu g tempat tu utk charge battery masing... yelar...takut gak tpadam ssh plak nnt....

aku pelik gak nape hotel ni xbg...bayar mahal... hotel pun cantik.... aku check nye check baru la aku dapat info ni... rupenye, kt Filipina ni mmg dah dwartakan kawasan dilarang merokok...tempat2 yang dah diwartakan dalam undang2 dorg ni mcm hotel, pub, disco, shopping mall dan kafe... kerajaan filipina xdela mengharamkan trus rokok. pengeluar rokok masih dbenarkan untuk iklankan produk dorg ni..tapi kene sertakan skali info bkaitan penyakit yg ade kalo merokok....

so, baru la aku paham kenape bnyak sgt tmpat yg xbole utk dorg ni charge battery... aku sgt2 teruja ngan langkah yg kerajaan filipina ni amik... sbb aku tngok mmg sgt2 bkesan... aku pergi ke tempat membeli-belah dorg..yang xberhawa dingin lar.. lebih kurang macam petaling street kt negara kita.. mmg xdibenarkan untuk merokok dalam kawasan tu... sape2 nak merokok kene kluar dari tmpat tu..even kt koridor pun dorg xbenarkan.. langkah ni mmg sgt2 bagus dan bkesan...

aku arap kerajaan kita pun bole tiru pendekatan yang sama.. dah bnyak gak kite blanje untuk kempen anti merokok ni..tp masih lg xbjaya... mayb pendekatan yg ni bole..slagi kite xcube mane nak tau impak dia kan...

"Jeepney" tarikan Filipina....

Warna dan bentuk menambah lagi tarikan Jeepney

kalo kat Malaysia kita ade beca... Thailand ade "tut-tut"... Filipina pun ade gak keunikkan yang tersendiri.... gambar kt atas ni dorg panggil "Jeepney"... mula2 tengok mcm lori, kali kedua tngok cam bus skolah pun ade gak bentuk nyer... tp mayb adunan dari dua jenis kenderaan yg aku sebut td kot dorg jadikan bentuk camni...

bg aku yg ptama kali smpai mmg lar macam pelik jer... mane xnyer...mule2 psai pemanduan... dorg kt cni driver blah kiri...kita blah kanan.. so mule2 nak naik van pun dah silap dah..jenuh cari pintu kt blah kiri..rupenye pintu penumpang kat blah kanan... mase dlam pjalanan ke hotel tu lar aku nampak kenderaan unik ni...

jeepney merupakan pengangkutan awam utama kt filipina... ade mcam2 rupe dan bentuk kenderaan ni...ade yg pendek..ade yg panjang... ade yg kreatif tu siap make-up lg dorg nyer jeepney.. mayb utk tarik lebih ramai penumpang kot...marketing strategy gak tu....

dalam pjalanan ke hotel tu aku pun risik2 lar kat driver yang bawak kami tu... driver tu btau yang jeepney ni mmg sinonim ngan Filipina... harga tambang pun xmahal... minimun 7 peso (lebih kurang 15 sen duit Malaysia)... tu pun ikut kawasan lar kan..kalo jauh mayb mahal lar skit..tp xde la smp macam harga tambang teksi kita harganya...

kenderaan ni mmg sgt2 sempoi... kat tempat duduk penumpang kt blakang tu cume ade kerusi panjang..even kusyen pun ade yg sesetengah tu xde... so dorg ni akan naik dan duduk la berimpit2 smpai lar ke tempat yg dorg nk pergi... sambutan thdap kenderaan ni mmg dasyat... jarang la aku tngok jeepney ni xpenuh.. penduduk filipina mmg btoi2 menggunakan kenderaan awam dorg ni..

lebih istimewa bile kat airport Davao ni... ade signboard yang tulis... "parking are only for Jeepneys"... kire area aiport tu kenderaan awam lain mmg xdibenarkan masuk.... teksi pun ade gak kat sane tp xla semeriah jeepney ni... aku frsut gak la sbb xdpat nak merasai sndiri naik jeepney ni... stakat dapat tangkap gambar jer... xpe....insy..kalo ade rezeki untuk dtg skali lg kat sane aku mst nak try gak naik....

Enaknya Durian Davao.....

Arca durian di Lapangan Terbang Antarabangsa Davao

dalam sibuk2 kerja pun kami sempat gak la curi2 mase untuk tgok beberapa keunikan dan kebanggaan org Davao ni... bandaraya yang berkapisiti lebih kurang 1.4 juta penduduk ni adalah bandar kedua terbesar di Filipina selepas Manila... bandar ni kawasan yang selamat dan aman..xmacam pe yang berlaku di Mindanao... ikut kata rakyat Malaysia yang bkerja kt kota ni.. kalo kita bjalan sorg2 pukul 1 atau 2 pagi tetap lg slamat...org sini pun friendly....

ade beberapa simbol atau lambang kebanggaan penduduk Davao ni... antaranya burung helang, gambar sepasang kekasih (dikatakan orang pertama yang membuka bandar Davao).. yang paling orang selalu xkan lupe ialah durian Davao....citer pasai durian ni... kat negara kita sendiri pun berlambak ade... ckap jer nak gred aper... D24, D27, durian kunyit dan macam2 lagi name...tapi yang terbaru tengah top skrg ni ialah durian yg diberi nama MusangKing....

tp yg unik nye pasai durian Davao ni... bkan saje isinye yang manis dan lembut... seulas durian ni lebih kurang besar sepenumbuk orang dewasa... pastu plak bijik dia kecik je alar2 besar ibu jari kaki jer... satu biji durian Davao ni adela dalam 5 ulas... tp kalo kene sebiji pun dah surrender dah...

durian Davao ni mmg terkenal... sape2 yg datang kt kota ni mesti nak rase... kira kalo xrase durian ni xcukup sifat la lawatan dorg tu... kami pun bkesempatan gak makan durian ni... xde la banyak sgt..ade lar dalam 55 biji utk 30 orang mkan...heeeee.... mmg sedap dan menjilat jari lar...

nak tunjukkan punye lar tkenal nye durian kota kedua terbesar Filipina ni..smpai dorg buat arca durian kat area lapangan terbang antarabangsa dorg ni... so, kalo sape2 turun je kat airport ni dh mmg nampak dan tpanggil utk cube rase keenakkan durian ni... korg pun kalo ade rezeki lebih g lar sane and try k..kalo x, kirim je kat kawan2 kt sane...heeee

Selasa, April 12, 2011

Coretan di Filipina......

Berlepas dari Lapangan Terbang TUDM, Subang

Tiba di Lapangan Terbang Cotabato, Filipina




Tiba di Headquarters, Cotabato....










Lawatan ke Markas Mindanao Islamic Liberation Front (MILF) di Kem Darapan, Sultan Kudarat



















Lawatan ke Pusat Pentadbiran Wilayah Autonomi Islam Mindanao (ARMM)













Makan tengahari di Davao City.....

















Balik ke TUDM Subang....