Selasa, Oktober 11, 2011

Kredibiliti BERNAS dicabar!!!


Bencana alam yang  melanda Thailand telah menyebabkan ratusan nyawa terkorban, ratusan ribu kediaman musnah dan 1.38 juta hektar sawah tenggelam.. penduduk Thailand terutamanya di Bangkok sekarang ni sentiasa dalam keadaan  cemas dan ketakutan memikirkan nasib mereka.

Lebih meresahkan apabila terdapat jangkaan yang mengatakan Bangkok akan lenyap ditenggelami air sekiranya hujan berterusan selama dua hari lagi..

Sebenarnya, perasaan ini juga perlu dirasai oleh rakyat di negara kita. Alhamdulillah, kita masih lagi selamat dan dijauhkan daripada bencana yang besar seperti ini. Cukuplah pengalaman dilanda Tsunami yang lalu untuk dijadikan iktibar dan renungan bersama.

Tapi  kita tak boleh rasa selesa sebabnya Thailand merupakan negara pengeksport terbesar beras negara iaitu sebanyak 60% daripada 700 ribu tan. Kalau dah 1.38juta hektar sawah tenggelam mana  nak cukup beras kat negara kita ni.

Tumpuan sekarang ni semuanya terarah ke Padiberas Nasional Berhad(BERNAS). Mampu atau tidak  untuk cari penyelesaian dan alternatif bagi mengelakkan kekurangan bekalan beras dalam negara. Jawapannya pasti ditagih seramai 28 juta rakyat negara ini kerana beras merupakan makanan ruji negara.
 
KEGAGALAN BERNAS bererti permulaan sengsara kepada rakyat Malaysia..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan