Rabu, Mac 31, 2010

Sg. Buloh: Kampungku maju.....

(sumber: www.googlemaps.com)

Salam....Aku mcm xpercaya je yg tempat aku ni terlibat dalam perancangan Model Ekonomi Baru (MEB) yg baru dilancarkan kerajaan semalam... bukannye ape, sblum ni pun dah termasuk dalam kategori kawasan persisir bandar..kire kene gakla tempias2 kemajuan KL tu...cume skrg ni akan lebih membangun lagi la tempat ni... yela, kan dilabel sebagai hab baru Lembah Klang...jadi mestila hebat perancangan nye tu kan...
Criter pasai membangun ke x ni kan, teringat plak aku pasai benda2 yg perlu diambil perhatian series oleh kerajaan sblum nk membangunkan lg tempat ni.. setiap benda yg kite nak buat ni mestilah amik kire baik dan buruknya...kalo xwat kajian dan pemerhatian yang serius pasti perancangan yang baik ni akan bertukar menjadi mimpi ngeri penduduk kawasan sini...

Sblum ni pun kawasan Sg. Buloh ni dah menghadapi bermacam perkara yg membebankan rakyat berpunca daripada pembangunan yg disediakan lar...contohnye, bole kata dulu tiap2 hari kite dengar di corong2 radio jalan sentiasa sesak kt kawasan ni... alhamdulillah skrang ni dh ok skit dah...xdela mcm dulu lagi..jalan pun dah besar sume...

Pasni harga tanah kt cni mesti melambung tinggi punye...ramaila yg jd jutawan segera pasni...jgn jadi mcm yg dulu2 dahla...dgar kerajaan nak wat pembangunan je sume sibuk jual tanah...ye lar, xpenah ade duit banyak...pastu ramai la agen2 insurans dtg nk melobi...xlupe gak agen2 jual kete ni...bertali arus datang...xckup siang, ade gak sgup tgu smpai malam..semata nak amik peluang yg jarang dapat...last2, orang kampung jugak yang melopong.....insurans ntah ke mane, kereta kene tarik, duit simpanan pun xde...apela nasib dorang ni.....hmmmmmm....

Arap2 org tempat aku ni sume xde la jadi mcmni, anak2 dorg pun sume dah blaja tinggi dah...insyaAllah....sume benda ni bole dielakkan...kecuali kalo memang nak menempah malang bole lar ikut cara dorg yg dulu tu...

Yg penting...jgn sibuk dengan pembangunan infrastruktur je, pembangunan modal insan dan rohani pun perlu diberikan perhatian serius....kalo x nnt sume yg ade ni akan jadi sia2.....

walwahualam.....

Selasa, Mac 30, 2010

Ceritera tentang bola...

Sekarang ni dah start peringkat suku akhir Liga Juara2 Eropah nih...walaupun team yang aku minat xde dlm list ni, tp xpela...sebagai peminat bola aku perlu gak tengok game ni sampai la ke penghujungnya...

Yg buat syok tgk dorang ni main bola bukan ape, dari jurulatih sampai la ke penyokong, semua nya professional... jarangla kite dengar dorang ni merusuh pe sume...ade mmg ade tp jarang2 bak kata allahyarham P.Ramlee....heheheh.. kalo kt tempat kita ni..hmmm...baru je kene tackle sikit dah bole bawa gaduh dah..tp dorang ni xmacamtu kan...ni menunjukkan tahap professionalisme dorang ni memang tinggi dan semangat kesukanan yang diutamakan.

Penyokong dorang pun sporting sgt2...dari mula sampai abis game, bersorak atau menyanyi lagu kelab masing untuk naikkan semangat pemain...kita kat sini bukan kata nak nyanyi lagu kelab or negeri...lagu kebangsaan pun kadang2 kita xhormati...cam mane la kita nk maju... ni blom kire penyokong merusuh pe sume lg...yg ni xyah nk cakap la...bole kate sume orang Malaysia tau citer men bakar2 stadium pe sume ni....hish...malu la nak cakap..

arap2 semua peminat di Malaysia bole mencontohi sikap dorang ni, xdela tetibe nak merusuh plak.. pemain dan jurulatih pun buatla banyak2 kajian dan contohi sikap yang baik dorang ni...barula bola sepak kita ni maju dan meningkat naik... Peter Schmeichel sendiri pun pelik ngan negara kita ni...bakat2 muda ramai yang berpotensi dan cemerlang...tapi pencapaian bola sepak negara sebaliknye...hmmmm...entahlah...mane2 pihak yang bertanggungjawab tu sila2 la keje lebih cikit k....

kepada peminat bola sepak...jangan lepaskan peluang ni...stay up la sampai pagi...tp jangan sampai cuti plak esok...heheheh...same2 kite tengok team mane yg berjaya tahun ni...
p/s: kalo team bola Malaysia juara liga AFC pun aku dah bangga abis dah...

Isnin, Mac 29, 2010

Dunia dah terbalik.......



Aku dah makin tak paham dengan dunia ni...semuanya makin hari makin jauh berubah dan tak bisa untuk dipercayai.. kalau dulu berlaku jujur mesti akan hidup bahagia dan gembira...gaduh sikit-sikit tu biasa la.. kalo tak de gaduh elok jadi malaikat... Tapi sekarang, kalau kita jujur dan baik hati tak semestinya pasangan yang ada tu akan buat benda yang sama. Ada pulak yang depan baik tapi belakang kita dia jadi "superpower". Sampai tak boleh nak dikawal perangai dan perilakunye..

Kalau sesiapa terbaca coretan aku ni mesti akan cakap aku berat sebelah atau pandangan yang tak bole diguna pakai. Tapi terpulangla kepada semua yang membaca ye. Aku hanya meluahkan ape yang aku rasa dan melalui pandangan dan pemerhatian aku je. Percaya tau tidak terpuilanglah..

Populasi perempuan sekarang ni jauh melebihi lelaki..ini kenyataan yang memang tak boleh dipertikai oleh sesiapa pun.. sepatutnya, perempuan2 yang ramai ni mestila jaga dan sayang lelaki2 yang hampir pupus ni , betul x?? tapi......hmmmm....bukan kata nak jaga, dipermainkan lagi adelar... aku xkata semua perempuan camtu...tapi ini antara contoh sikap perempuan zaman sekarang...

Biasanye hal yg banyak melibatkan urusan secara terus antara perempuan dan lelaki adalah cinta...biasela tu...kalau tengah becinta memang xhengat dunia punye...yang lelaki ni pun boleh tahan gak "pandai", bagi je sepenuh kepercayaan dan cinta dia tuh...tup..tup..."AWAK TERLALU BAIK UNTUK SAYA" inilah perkataan KERAMAT yang diguna pakai perempuan arini...pergh...kalau dapat ayat ni memang merana lar...tidur xlena mandi xbasah lar dibuatnye... sampai ada yang jadi macam ayam berak kapur kene ayat ni...

Lelaki yang kene tu pe lagi meraung la bagai nak giler...ade yang smpai nk bunuh diri pun ade...kalau dulu lelaki plak yg beriya2 gatal dan merenyam...asik nak cari "spare tyre" je..tp skrg...memang betol la...dunia dah terbalik sekrang ni....apelar nak jadi nantikan...hahahahah....

Gelak2 jugak....tapi inilah sebenarnye realiti kehidupan dan pemikiran hari ini...pada sesiapa yang terkena ayat keramat ni, cepat2 lar sedarkan diri sebab perjalanan mesti diteruskan....so berhati2lah selepas ini...

Khamis, Mac 25, 2010

31 Mac 2010: Berjayakah Program Bekerja dari Rumah???

(Gambar hiasan)

Program yang pernah menjadi topik hangat diperkatakan kini sedang dinanti-natikan keputusannya. Tempoh percubaan selama 3 bulan bermula dari 1 Januari sehingga penghujung Mac 2010 ini bakal menentukan hala tuju sebenar program ini nanti. Sekiranya matlamat dan objektif yang digariskan tercapai maka kemungkinan besar program ini akan diteruskan dan dikembangkan kepada kementerian yang lain. Tetapi jika gagal, maka harapan dan impian untuk penjawat awam wanita merasai kenikmatan bekerja dari rumah akan terus terkubur.


Kementerian Kerja Raya merupakan kementerian pertama yang terlibat dengan program ini. Seramai 35 penjawat awam wanita (pelukis pelan JKR) telah diberikan peluang untuk merasai kenikmatan dan membuktikan bahawa hasil kerja yang dijalankan dari rumah adalah baik malah lebih cemerlang berbanding hasil kerja yang dilakukan di pejabat.


Program yang diilhamkan oleh Perdana Menteri ini adalah antara inisiatif bagi menangani masalah kesesakan di tempat kerja, mengurangkan kos perbelanjaan pekerja (kos petrol dan tol) dan memberikan lebih masa bersama keluarga dan anak-anak bagi penjawat awam wanita.

Objektif dan matlamat yang digariskan amat baik tetapi semua ini bergantung kepada hasil kerja 35 orang perintis yang telah diamanahkan. Sama-samalah kita nantikan keputusan atau laporan prestasi keseluruhan perintis ini. Kejayaan mereka semestinya akan membina satu dimensi baru di dalam corak dan budaya kerja perkhidmatan kerajaan....

Rabu, Mac 24, 2010

Tau masuk, xtau keluar....


Sungguh mengecewakan apabila kerajaan terpaksa membelanjakan jutaan ringgit semata-mata untuk mengurus pendatang asing di negara ini. Kos ini termasuk daripada segi makanan, penghantaran pulang dan sebagainya.

Memang diakui negara kita memerlukan mereka terutamanya dalam sektor pembinaan dan perkilangan. Sepatutnya mereka ini bersyukur kerana negara kita memberi peluang kepada mereka untuk mencari rezeki bahkan diberikan kehidupan yang aman sepanjang berada di sini.

Masalah timbul apabila permit bekerja sudah tamat tempoh. Mereka ini tidak mahu pulang ke negara asal mereka. Sebaliknya terus bekerja tanpa perasaan bersalah. Sepatutnya, mereka yang datang secara sah ini perlu pulang ke negara asal terlebih dahulu untuk tempoh masa tertentu sebelum kembali ke Malaysia .

Ramai juga rakyat negara jiran yang menyusup masuk ke negara kita secara tidak sah. Semuanya memberikan alasan yang sama iaitu ingin mencari rezeki di Malaysia. Dah kalau semuanya nak cari rezeki di Malaysia, rakyat Malaysia nak cari rezeki di mana??? Rakyat asing yang berada di Malaysia ketika ini sahaja telah mencecah angka juta!!!

Mereka inilah sebenarnya punca kepada perbelanjaan besar ini. Ini baru melibatkan perbelanjaan belum lagi masalah-masalah yang ditimbulkan..Mereka lebih rela ditangkap oleh penguatkuasa Malaysia daripada mengeluarkan duit poket sendiri untuk pulang. Ini menjimatkan mereka kerana makan dan minum sudah pasti ditanggung oleh kerajaan Malaysia. Inilah taktik yang diguna pakai oleh pendatang-pendatang asing di Malaysia.

Bukankah lebih elok jika jutaan ringgit ini dilaburkan untuk rakyat Malaysia sendiri? Pelbagai infrastruktur dapat dibangunkan demi kesejahteraan dan keselesaan rakyat Malaysia keseluruhannya.

Diberitakan, kerajaan kini dalam langkah mengenal pasti jumlah pendatang asing yang diperlukan untuk bekerja di negara kita ini. Kerajaan juga telah mewujudkan satu makmal dengan menghimpunkan golongan cendekiawan bagi mencari formula untuk menyelesaikan isu ini.
Eloklah pendatang asing ini dikurangkan sama ada yang datang secara sah atau tidak sah. Dah terlalu banyak sangat perkara yang mereka timbulkan. Semoga langkah ini dapat memberikan impak yang cepat demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

Selasa, Mac 23, 2010

"MANUSIA" buang bayi sendiri


Perlakuan membuang bayi sudah sering kita dengar sejak akhir ini. Kisah sedih ini terpampang di dada-dada akhbar dan semua media massa. Anak kecil ini dibuang sesuka hati tanpa rasa bersalah di dalam tong sampah, ditinggalkan di luar masjid dan sebagainya. Lebih kejam lagi dicampak ke dalam tong sampah dan dibakar sehingga hangus.. Terbaru, seorang bayi perempuan ditinggalkan di kawasan semak belakang pasar raya dalam keadaan basah kuyup.. Apalah nasib bayi kecil ini, lahirnya tidak dipinta.. Ibu bapa "sedap" menghasilkannya, benih yang terhasil dibuang begitu sahaja..


Senario gejala tidak bermoral ini berlaku adalah disebabkan oleh beberapa faktor terutamanya yang melibatkan generasi muda kita pada hari ini. Generasi muda dilihat lebih mudah terikut-ikut dengan budaya barat dengan mengamalkan seks bebas. Inilah antara punca utama kepada peningkatan jumlah pembuangan bayi dari tahun ke tahun.


Terdapat kajian yang mengatakan bahawa sebanyak 27% daripada remaja kita hari ini terlibat mengamalkan seks bebas atau luar nikah. Ini dikukuhkankan lagi melalui statistik yang dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu. Bilangan ini meningkat 762 kes berbanding 2008 seramai 16,541 manakala seramai 16,100 orang pada 2007 .


Pelbagai pihak perlu memainkan peranan masing-masing bagi membendung gejala ini daripada berleluasa. Contohnya, ibu bapa perlu mengambil tahu setiap gerak langkah anak mereka. Hidupkan kembali suasana ceria dan sejahtera dalam keluarga yang sudah semakin hilang. Langkah ini sedikit-sebanyak dapat mengelakkan perkara yang tidak bermoral ini daripada terus berlaku.....

Ahad, Mac 14, 2010

Isteriku si cilik..

Baru-baru ini timbul satu lagi isu yang jarang diketahui umum iaitu perkahwinan di usia kecil. Perkara ini jarang berlaku dan kedengaran di negara kita.. Di era globalisasi dan moden ini, rupa-rupanya masih lagi terdapat masyarakat yang dangkal pemikirannya. Sanggup untuk 'memberikan' anak kandung sendiri kepada 'alim ulama' demi perjuangan yang tidak dapat dipastikan kebenarannya...

Perlakuan ini tidak ubah seperti masyarakat jahiliah pada zaman dahulu. Zaman yang lebih dikenali sebagai zaman kegelapan dalam kehidupan manusia.. Mereka ini sanggup mengorbankan anak perempuan kerana beranggapan perbuatan yang dilakukan adalah mulia... Anak perempuan yang lahir akan ditanam hidup-hidup kerana takut akan membawa malang kepada kehidupan mereka..


Samalah ertinya dengan perlakuan bapa yang tidak bertanggungjawab seperti yang berlaku di negeri Kelantan..Walaupun tidak dibunuh secara zahirnya, tetapi sebenarnya masa depan anak kecil ini telah dibunuh dengan kejam oleh perbuatan bapa yang tidak berperikemanusiaan. Bayangkan bagaimana anak kecil ini akan mengharungi sisa hidup mereka yang masih panjang??Bagaimana mereka ingin berdepan dengan tohmahan dan pandangan serong masyarakat??


Semoga manusia yang mempunyai perlakuan seperti binatang ini akan terhapus bagi memastikan tidak wujud lagi kes-kes seperti ini..Kita juga sebagai rakyat Malaysia perlu memainkan peranan dan tanggungjawab bagi mengelakkan tragedi ngeri ini terus berlaku dan berleluasa di negara kita..

ikan segar untuk rakyat


Keengganan pengimport ikan menggunakan kotak berinsulasi tinggi memberikan impak segera kepada kenaikan harga ikan di pasaran. Pihak pengimport memboikot pembkalan ikan ke negara ini kerana dikatakan kotak yang dicadangkan poenggunaannya oleh kerajaan mahal daripada harga kotak yang digunakan sekarang.

Isunya bukan harga kotak ikan ini tetapi yang lebih penting ialah kesegaran ikan yang dibawa masuk ke negara ini. Jika kerajaan menetapkan untuk mewajibkan penggunaan kotak ini pada kadar 20% di peringkat awal maka adakah sebelum ini ikan yang dibekalkan kepada rakyat Malaysia tidak segar?Sampai bila rakyat akan dibekalkan dengan ikan (80%) yang tidak segar?

Ini boleh memberikan kesan negatif kepada tahap kesihatan rakyat Malaysia jika perkara ini dibiarkan berlarutan. Rakyat malaysia akan mudah terdedah kepada penyakit-penyakit kronik yang berpunca daripada bahan pemakanan yang tidak sihat dan tercemar.

Rakyat juga dinasihatkan untuk mengurangkan pembelian ikan hasil laut dan beralih kepada ikan ternakan dalam kolam yang lebih terjamin mutu dan kesegarannya... Cara ini juga dapat mengurangkan beban rakyat daripada membeli ikan hasil laut lantaran daripada kenaikkan harga yang mendadak.

Semoga kerajaan akan dapat mengatasi isu ini secepat mungkin bagi mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku. Kesegaran ikan yang dibekalkan di pasaran penting untuk menjamin kesihatan dan kualiti kehidupan rakyat keseluruhannya.......