Rabu, Mac 24, 2010

Tau masuk, xtau keluar....


Sungguh mengecewakan apabila kerajaan terpaksa membelanjakan jutaan ringgit semata-mata untuk mengurus pendatang asing di negara ini. Kos ini termasuk daripada segi makanan, penghantaran pulang dan sebagainya.

Memang diakui negara kita memerlukan mereka terutamanya dalam sektor pembinaan dan perkilangan. Sepatutnya mereka ini bersyukur kerana negara kita memberi peluang kepada mereka untuk mencari rezeki bahkan diberikan kehidupan yang aman sepanjang berada di sini.

Masalah timbul apabila permit bekerja sudah tamat tempoh. Mereka ini tidak mahu pulang ke negara asal mereka. Sebaliknya terus bekerja tanpa perasaan bersalah. Sepatutnya, mereka yang datang secara sah ini perlu pulang ke negara asal terlebih dahulu untuk tempoh masa tertentu sebelum kembali ke Malaysia .

Ramai juga rakyat negara jiran yang menyusup masuk ke negara kita secara tidak sah. Semuanya memberikan alasan yang sama iaitu ingin mencari rezeki di Malaysia. Dah kalau semuanya nak cari rezeki di Malaysia, rakyat Malaysia nak cari rezeki di mana??? Rakyat asing yang berada di Malaysia ketika ini sahaja telah mencecah angka juta!!!

Mereka inilah sebenarnya punca kepada perbelanjaan besar ini. Ini baru melibatkan perbelanjaan belum lagi masalah-masalah yang ditimbulkan..Mereka lebih rela ditangkap oleh penguatkuasa Malaysia daripada mengeluarkan duit poket sendiri untuk pulang. Ini menjimatkan mereka kerana makan dan minum sudah pasti ditanggung oleh kerajaan Malaysia. Inilah taktik yang diguna pakai oleh pendatang-pendatang asing di Malaysia.

Bukankah lebih elok jika jutaan ringgit ini dilaburkan untuk rakyat Malaysia sendiri? Pelbagai infrastruktur dapat dibangunkan demi kesejahteraan dan keselesaan rakyat Malaysia keseluruhannya.

Diberitakan, kerajaan kini dalam langkah mengenal pasti jumlah pendatang asing yang diperlukan untuk bekerja di negara kita ini. Kerajaan juga telah mewujudkan satu makmal dengan menghimpunkan golongan cendekiawan bagi mencari formula untuk menyelesaikan isu ini.
Eloklah pendatang asing ini dikurangkan sama ada yang datang secara sah atau tidak sah. Dah terlalu banyak sangat perkara yang mereka timbulkan. Semoga langkah ini dapat memberikan impak yang cepat demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan