Ahad, Mac 14, 2010

Isteriku si cilik..

Baru-baru ini timbul satu lagi isu yang jarang diketahui umum iaitu perkahwinan di usia kecil. Perkara ini jarang berlaku dan kedengaran di negara kita.. Di era globalisasi dan moden ini, rupa-rupanya masih lagi terdapat masyarakat yang dangkal pemikirannya. Sanggup untuk 'memberikan' anak kandung sendiri kepada 'alim ulama' demi perjuangan yang tidak dapat dipastikan kebenarannya...

Perlakuan ini tidak ubah seperti masyarakat jahiliah pada zaman dahulu. Zaman yang lebih dikenali sebagai zaman kegelapan dalam kehidupan manusia.. Mereka ini sanggup mengorbankan anak perempuan kerana beranggapan perbuatan yang dilakukan adalah mulia... Anak perempuan yang lahir akan ditanam hidup-hidup kerana takut akan membawa malang kepada kehidupan mereka..


Samalah ertinya dengan perlakuan bapa yang tidak bertanggungjawab seperti yang berlaku di negeri Kelantan..Walaupun tidak dibunuh secara zahirnya, tetapi sebenarnya masa depan anak kecil ini telah dibunuh dengan kejam oleh perbuatan bapa yang tidak berperikemanusiaan. Bayangkan bagaimana anak kecil ini akan mengharungi sisa hidup mereka yang masih panjang??Bagaimana mereka ingin berdepan dengan tohmahan dan pandangan serong masyarakat??


Semoga manusia yang mempunyai perlakuan seperti binatang ini akan terhapus bagi memastikan tidak wujud lagi kes-kes seperti ini..Kita juga sebagai rakyat Malaysia perlu memainkan peranan dan tanggungjawab bagi mengelakkan tragedi ngeri ini terus berlaku dan berleluasa di negara kita..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan