Ahad, Mac 14, 2010

ikan segar untuk rakyat


Keengganan pengimport ikan menggunakan kotak berinsulasi tinggi memberikan impak segera kepada kenaikan harga ikan di pasaran. Pihak pengimport memboikot pembkalan ikan ke negara ini kerana dikatakan kotak yang dicadangkan poenggunaannya oleh kerajaan mahal daripada harga kotak yang digunakan sekarang.

Isunya bukan harga kotak ikan ini tetapi yang lebih penting ialah kesegaran ikan yang dibawa masuk ke negara ini. Jika kerajaan menetapkan untuk mewajibkan penggunaan kotak ini pada kadar 20% di peringkat awal maka adakah sebelum ini ikan yang dibekalkan kepada rakyat Malaysia tidak segar?Sampai bila rakyat akan dibekalkan dengan ikan (80%) yang tidak segar?

Ini boleh memberikan kesan negatif kepada tahap kesihatan rakyat Malaysia jika perkara ini dibiarkan berlarutan. Rakyat malaysia akan mudah terdedah kepada penyakit-penyakit kronik yang berpunca daripada bahan pemakanan yang tidak sihat dan tercemar.

Rakyat juga dinasihatkan untuk mengurangkan pembelian ikan hasil laut dan beralih kepada ikan ternakan dalam kolam yang lebih terjamin mutu dan kesegarannya... Cara ini juga dapat mengurangkan beban rakyat daripada membeli ikan hasil laut lantaran daripada kenaikkan harga yang mendadak.

Semoga kerajaan akan dapat mengatasi isu ini secepat mungkin bagi mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku. Kesegaran ikan yang dibekalkan di pasaran penting untuk menjamin kesihatan dan kualiti kehidupan rakyat keseluruhannya.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan