Khamis, Mac 25, 2010

31 Mac 2010: Berjayakah Program Bekerja dari Rumah???

(Gambar hiasan)

Program yang pernah menjadi topik hangat diperkatakan kini sedang dinanti-natikan keputusannya. Tempoh percubaan selama 3 bulan bermula dari 1 Januari sehingga penghujung Mac 2010 ini bakal menentukan hala tuju sebenar program ini nanti. Sekiranya matlamat dan objektif yang digariskan tercapai maka kemungkinan besar program ini akan diteruskan dan dikembangkan kepada kementerian yang lain. Tetapi jika gagal, maka harapan dan impian untuk penjawat awam wanita merasai kenikmatan bekerja dari rumah akan terus terkubur.


Kementerian Kerja Raya merupakan kementerian pertama yang terlibat dengan program ini. Seramai 35 penjawat awam wanita (pelukis pelan JKR) telah diberikan peluang untuk merasai kenikmatan dan membuktikan bahawa hasil kerja yang dijalankan dari rumah adalah baik malah lebih cemerlang berbanding hasil kerja yang dilakukan di pejabat.


Program yang diilhamkan oleh Perdana Menteri ini adalah antara inisiatif bagi menangani masalah kesesakan di tempat kerja, mengurangkan kos perbelanjaan pekerja (kos petrol dan tol) dan memberikan lebih masa bersama keluarga dan anak-anak bagi penjawat awam wanita.

Objektif dan matlamat yang digariskan amat baik tetapi semua ini bergantung kepada hasil kerja 35 orang perintis yang telah diamanahkan. Sama-samalah kita nantikan keputusan atau laporan prestasi keseluruhan perintis ini. Kejayaan mereka semestinya akan membina satu dimensi baru di dalam corak dan budaya kerja perkhidmatan kerajaan....

1 ulasan:

  1. Gud job honey...
    hehe =)
    seriesss sgtlah blog tok kirana nih..takut sy..
    tp sgt informative.sy yg tak tau pun dah jadi tau..

    Anyways, All the best ya...

    BalasPadam