Isnin, April 30, 2012

Sorotan Pelancaran KJK Gua Musang

Sekitar majlis Pelancaran Kembara Jalinan Kasih di Padang Awam KESEDAR Paloh 3, Gua Musang, Kelantan oleh YB Datuk Paduka Norzula Mat Diah, ADUN Paloh.









Kembara Jalinan Kasih Gua Musang Dilancar


Y.B. Datuk Paduka Norzula Mat Diah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh hari ini telah menyempurnakan pelancaran dan pelepasan Konvoi Kembara Jalinan Kasih (KJK) anjuran Jabatan Penerangan Malaysia sempena Karnival Komuniti 1Malaysia (K1M) Negeri Kelantan yang turut disaksikan oleh Y.B Abdul Aziz Yusoff, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas dan Y.Bhg. Tuan Haji Ibrahim Abdul Rahman, Ketua Pengarah Penerangan Malaysia.

Dalam ucapannya, Y.B. Datuk Paduka Norzula Mat Diah menyambut baik usaha yang dilakukan oleh Jabatan Penerangan Malaysia dan menyeru usaha murni ini diteruskan pada masa akan datang. Selain itu, beliau turut mengingatkan peserta konvoi KJK untuk menerangkan dasar-dasar serta kejayaan yang telah dicapai oleh kerajaan untuk kemudahan rakyat.
Beliau turut menyampaikan sebanyak 19 sumbangan berupa barangan keperluan harian dan sebuah kerusi roda kepada masyarakat di kawasan Paloh 3, Gua Musang pada majlis tersebut.

Beliau kemudiannya menyertai konvoi KJK melawat ke rumah Puan Che Esah Mohamad yang terlibat di dalam program membaik pulih rumah anjuran Jabatan Penerangan Malaysia. Sebanyak tiga (3) buah rumah telah dipilih untuk program kali ini.

Konvoi KJK yang bermula dari 30 April hingga 2 Mei 2012 bertujuan mempromosikan Karnival Komuniti 1Malaysia (K1M) Negeri Kelantan yang akan dirasmikan oleh Y.A.B Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 4 Mei 2012 di Padang Pusat Sivik, Gua Musang, Kelantan.

Ahad, April 29, 2012

K1M Negeri Kelantan: Ikuti kami di FB & Twitter

Jom ikuti kami di fb 'Karnival Momuniti 1Malaysia (K1M) Negeri Kelantan' atau melalui twitter di #karnivalK1MKlate untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Karnival Komuniti 1Malaysia (K1M) Negeri Kelantan yang akan diadakan pada 3-5 Mei 2012 bertempat di Padang Pusat Sivik, Gua Musang, Kelantan.


Sorotan Persiapan Karnival K1M Negeri Kelantan

5 hari saja lagi!!!

Sorotan persiapan Karnival Komuniti 1Malaysia (K1M) Negeri Kelantan yang akan diadakan pada 3 hingga 5 Mei 2012 di Padang Pusat Sivik, Gua Musang, Kelantan.


Pekerja meratakan simen konkrit untuk dijadikan sebagai laluan bagi memberi kemudahan kepada pengunjung yang hadir.

Pekerja mendirikan khemah yang akan menempatkan pempamer dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

Keadaan kawasan Padang Pusat Sivik, Gua Musang yang akan dibaikpulih bagi memberi keselesaan kepada pengunjung.


Penduduk di Gua Musang dijemput hadir untuk memeriahkan lagi karnival ini... Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!!!!!

Raptai Penuh: Pelancaran Kembara Jalinan Kasih di Gua Musang

Tinggal sehari saja lagi!!!

Kembara Jalinan Kasih (KJK) Jabatan Penerangan Malaysia akan dilancarkan oleh YB Datuk Paduka Norzula Mat Diah, ADUN Paloh di Padang Awam Paloh 3, Gua Musang, Kelantan pada 30 April 2012 jam 9 pagi.

Konvoi KJK ini akan menjelajah ke 3 kawasan DUN iaitu Nenggiri, Paloh dan Galas untuk menyampaikan sumbangan kepada golongan yang kurang berkemampuan sempena Karnival Komuniti 1Malaysia (K1M) Negeri Kelantan yang akan diadakan pada 3 hingga 5 Mei 2012 di Padang Pusat Sivik, Gua Musang.

Sebanyak 500 sumbangan berupa barangan keperluan harian akan disampaikan kepada para penduduk. Sumbangan seperti ini diharapkan mampu untuk meringankan beban dan keperitan yang dialami oleh keluarga-keluarga kurang berkemampuan di kawasan Gua Musang ini.

Persiapan bagi pelancaran KJK ini juga telah disusun rapi bagi memastikan setiap perancangan berjalan dengan lancar.

Petugas bertungkus-lumus memastikan program pelancaran KJK berjalan lancar.


Para petugas mengikut arahan yang diberikan bagi memastikan program yang dilaksanakan dapat memberikan impak kepada golongan sasar dan mencapai objektif yang digariskan.


Urusetia KJK memberi penerangan tentang perjalanan program KJK esok.

Konvoi KJK yang diadakan selama 3 hari ini melibatkan seramai 40 orang petugas dan sebanyak 10 buah pacuan 4 roda. Semoga program seperti ini dapat memberikan manfat yang besar seterusnya meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan di kawasan Gua Musang.

Penduduk Paloh 3, Gua Musang dijemput hadir beramai-ramai ke majlis ini..

Karnival Komuniti 1Malaysia (K1M) Negeri Kelantan


Karnival Komuniti 1Malaysia (K1M) kembali lagi!!! Kali ini di Gua Musang, Negeri Kelantan yang akan diadakan bermula 3 hingga 5 Mei ini. Labih manis buat rakyat di Negeri Kelantan amnya dan Gua Musang khususnya apabila YAB Perdana Menteri Malaysia bersetuju untuk hadir seterusnya merasmikan  karnival yang akan berlangsung selama 3 hari ini.

Ketika ini, persiapan sedang giat dijalankan seperti pembersihan tapak karnival di Padang Pusat Sivik, Gua Musang dan kerja-kerja mendirikan khemah pameran. Segalan persiapan berjalan dengan teratur dan mengikut jadual yang ditetapkan.

Seperti kebiasaannya, Karnival K1M ini akan menyajikan pelbagai aktiviti menarik kepada penduduk di kawasan Gua Musang seperti gerai pameran dan jualan produk Komuniti 1Malaysia Negeri Kelantan, Konsert PENTARAMA, Kembara Jalinan Kasih (KJK), Persembahan Dikir Barat, Senam Seni 1Malaysia, Persembahan Muay Thai dan Pertandingan Wau Cantik.

Program untuk kanak-kanak turut dimuatkan dalam karnival kali ini. Antaranya pertandingan mewarna, sukan rakyat dan sebagainya. Pendek kata, semua program yang disajikan sesuai untuk setiap golongan dan peringkat umur.

Jemput semua hadir untuk memeriahkan karnival ini yang dianjurkan khusus untuk kepuasan anda.

Jumpa di sana!!!!

Isnin, Mac 05, 2012

40,000 Hadir Pelancaran Komuniti 1Malaysia Negeri Johor

YAB TPM hadir di majlis perasmian Pelancaran Komuniti 1Malaysia Negeri Johor yang diadakan di Pdg SMV Muar

Y.A.B. Tan Sri Muhyiddin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah merasmikan Pelancaran Komuniti 1Malaysia (K1M) Negeri Johor dalam usaha melahirkan masyarakat yang bermaklumat selain memperkasa perpaduan rakyat. Turut hadir ialah Y.A.B. Dato’ Haji Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor dan Y.B. Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.


Komuniti 1Malaysia (K1M) merupakan pertubuhan sukarela pelbagai kaum peringkat akar umbi di bawah seliaan Jabatan Penerangan Malaysia yang bertujuan memperkasakan semangat perpaduan antara masyarakat pelbagai kaum dalam komuniti, memupuk semangat kesukarelaan dan berdikari, meningkatkan ilmu pengetahuan dan menjadi agen perubahan dalam komuniti.

Sehingga tahun 2011, terdapat sebanyak 1,195 buah Komuniti 1Malaysia (K1M) telah ditubuhkan di seluruh negara dengan 115 buah daripadanya adalah di negeri Johor. Penglibatan masyarakat bukan Melayu seperti Cina, India dan Orang Asli juga amat menggalakkan. Pada masa ini terdapat 16 buah K1M bukan Melayu di negeri Johor dan dijangka bertambah sebanyak 30 buah lagi sehingga hujung tahun ini.

Komuniti 1Malaysia (K1M) dengan slogan Penggerak Transformasi Rakyat dijayakan melalui lima (5) bidang utama iaitu Rakan Padu (ketahanan dan perpaduan nasional), Rakan Usahawan (pembangunan sosio-ekonomi), Rakan IT (perkongsian maklumat), Rakan Budaya (kebudayaan dan kesenian) dan Rakan Harmoni (interaksi sosial).

Bersempena Pelancaran K1M Negeri Johor, Y.A.B. Tan Sri Muhyiddin Haji Mohd Yassin juga telah menyempurnakan penyampaian Vest K1M dan 98 buah Komputer Riba 1Malaysia kepada Pengerusi-Pengerusi K1M di negeri Johor.

Pertandingan Mewarna Kanak-kanak yang diadakan di tapak Pelancaran Komuniti 1Malaysia Negeri Johor
Pelbagai acara menarik diadakan sempena Pelancaran K1M Negeri Johor anjuran Jabatan Penerangan Malaysia yang bermula pada 1 hingga 4 Mac 2012 di Padang Sekolah Menengah Vokasional Muar, Jalan Sungai Abong, Muar dan dijangka menerima kehadiran kira-kira 30,000 pengunjung. Sebanyak 70 lot gerai disediakan antaranya ialah pameran dan gerai jualan produk K1M, produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tempatan, sektor swasta dan pelbagai perkhidmatan percuma agensi Kerajaan.

  
Permainan bola sepak  belon antara yang menarik perhatian pengunjung

Sukaneka 1Malaysia turut diadakan di tapak Pelancaran Komuniti 1Malaysia Negeri Johor
Selain itu ialah Sukaneka 1Malaysia dan Sukan Interaktif, Pertandingan Mewarna Kanak-kanak, Pertandingan Memasak 1Malaysia, Senam Seni 1Malaysia, Konsert Pentarama bersama artis-artis popular tanahair antaranya Dato’ Jeffrydin, Mas Idayu, Zainal Abidin, Ramlah Ram, Kenny Lee dan Vijay. Turut diadakan ialah Layar Bestari, persembahan kebudayaan pelbagai kaum dan cabutan bertuah.

EXCO Penerangan Johor, YB Tn. Hj. Md Jais Sarday melancarkan program Kembara Jalinan Kasih di Dataran Niaga, Muar

Terdahulu sebelum Pelancaran K1M Negeri Johor ini telah diadakan program Kembara Jalinan Kasih pada 29 Februari hingga 2 Mac 2012 yang disertai oleh Sukarelawan K1M dengan mengadakan kunjungan mesra, aktiviti gotong-royong membaik pulih rumah dan menyampaikan bantuan kepada golongan kurang bernasib baik di sekitar Parlimen Bakri.

Pelancaran K1M akan diadakan di seluruh negara pada tahun ini dan dijangka akan mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat serta peningkatan jumlah Sukarelawan K1M.

Persiapan Akhir Pelancaran Komuniti 1Malaysia Negeri Johor Berjalan Lancar

Datuk Poziah Abdul Rahman (Kiri) menerangkan sesuatu kepada Dato' Sri Kamaruddin Siaraf, KSU KPKK sewaktu hadir ke majlis raptai penuh Pelancaran Komuniti 1Malaysia (K1M) Negeri Johor

Bahang kemeriahan sambutan Pelancaran Komuniti 1Malaysia Negeri Johor yang akan dirasmikan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Haji Mohd Yasin, Timbalan Perdana Menteri pada 3 Mac ini semakin terasa dengan kehadiran orang ramai ke tapak pelancaran di padang Sekolah Menengah Vokasional Muar, Johor.


Dato' Sri Kamaruddin Siaraf memperkatakan sesuatu mengenai persiapan Pelancaran Komuniti 1Malaysia (K1M) Negeri Johor di Padang Sek. Men. Vokasional Muar, Johor. Turut hadir Datuk Poziah Abdul Rahman (kiri)

Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, YBhg Dato’ Sri Kamaruddin Siaraf ketika hadir menyaksikan raptai penuh majlis pelancaran tersebut menyifatkan persiapan yang dilakukan telah hampir sempurna dan amat berpuas hati dengan pengisian yang diatur.

Roy menyampaikan lagu patriotik diiringi penari kebudayaan di pentas utama  sempena raptai penuh Pelancaran Komuniti 1Malaysia(K1M) Negeri Johor

Beliau turut mengingatkan agar setiap pihak yang terlibat memberikan komitmen dan kerjasama jitu dalam memastikan majlis Pelancaran Komuniti 1Malaysia Negeri Johor berjalan lancar.

Nik Mohd Kamal sempat meluangkan masa melawat ke gerai Komuniti 1 Malaysia (K1M) Segamat yang  mempromosikan haiwan  eksotik untuk dijual secara komersial
 Sebanyak 70 lot gerai pameran dan jualan disediakan untuk dilawati oleh para pengunjung yang hadir. Antaranya ialah gerai jualan produk Komuniti 1Malaysia (K1M), produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tempatan, pameran pelbagai agensi kerajaan dan swasta. Pengisian khusus untuk kanak-kanak turut disediakan seperti soopa doopa, basikal fixie dan pertandingan mewarna.

Masyarakat setempat juga akan dihiburkan dengan persembahan artis popular tanahair antaranya Dato’ Jeffrydin, Zainal Abidin, Kenny Lee, Vijay Emergency, Ramlah Ram dan konsert PENTARAMA, Jabatan Penerangan Malaysia.

Program Pelancaran Komuniti 1Malaysia (K1M) Negeri Johor berlangsung selama empat (4) hari bermula pada 1 hingga 4 Mac 2012

Sukarelawan Komuniti 1Malaysia Realisasi Impian Golongan Miskin

Ketua Konvoi Kembara Jalinan Kasih, YM Tengku Badli Tengku Zalli menyampaikan sumbangan kepada orang kurang upaya di Kampung Parit Raja Sari, Bakri
 Kehidupan lima (5) buah keluarga kurang bernasib baik di kawasan DUN Sungai Abong kembali ceria apabila rumah mereka dipilih oleh Jabatan Penerangan Malaysia bagi aktiviti gotong-royong membaik pulih rumah sempena program Kembara Jalinan Kasih (KJK) hari ini.

Timb. Ketua Pengarah Penerangan, Tarmidzi Hashim (kanan) beramah mesra bersama Encik Goh Mo (kiri) penerima bantuan baikpulih rumah sempena program Kembara Jalinan Kasih

Encik Goh Mo dan isteri, ketika ditemui menyatakan rasa terharu dan berterima kasih kepada Jabatan Penerangan Malaysia dan Kerajaan atas bantuan yang dihulurkan. Katanya lagi, kini beliau tidak lagi bimbang akan keselamatan keluarganya terutama apabila hujan lebat dan cuaca buruk memandangkan bumbung rumah mereka yang selama ini bocor dan uzur telah diganti baru melalui program ini.

Sukarelawan Komuniti 1Malaysia bertungkus lumus mengecat rumah Encik Goh Mo di Parit Haji Zain, Bakri
Ternyata hasil gabungan pelbagai kemahiran yang dimiliki oleh para Sukarelawan Komuniti 1Malaysia dan semangat kesukarelaan berbilang bangsa telah merubah hidup dan memberi keselesaan kepada keluarga Goh Mo.

Ketua Konvoi Kembara Jalinan Kasih, YM Tengku Badli Tengku Zalli menyampaikan sumbangan kepada masyarakat india di Taman Perwira, Batu 6, Bakri
 Aktiviti khidmat komuniti anjuran Jabatan Penerangan Malaysia menerusi program KJK ini melibatkan seramai 70 peserta yang terdiri daripada kakitangan Jabatan dan Sukarelawan Komuniti 1Malaysia (K1M). Program sebegini merupakan antara inisiatif terbaik bagi mendekati rakyat di samping menyampaikan maklumat dan dasar-dasar Kerajaan selaras dengan Gagasan 1Malaysia.

EXCO Penerangan Johor, YB Tn. Hj. Md Jais Sarday membaikpulih rumah di Bt 16, Air Hitam, Muar sempena KJK. Disaksikan Timb. Ketua Pengarah Penerangan, Tarmidzi Hashim (tiga dari kiri)
 Terdahulu, YB Tuan Haji Md Jais Sarday, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Johor merangkap EXCO Penerangan ketika berucap merasmikan Pelancaran dan Pelepasan Konvoi Kembara Jalinan Kasih (KJK) di Dataran Niaga Sungai Abong pagi tadi menyambut baik usaha yang dilakukan oleh Jabatan Penerangan Malaysia dan menyeru usaha murni ini diteruskan pada masa akan datang.

Kembara Jalinan Kasih yang bermula pada 29 Februari hingga 2 Mac 2012 ini merentasi kawasan Parlimen Bakri meliputi tiga (3) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Bentayan, Sungai Abong dan Bukit Naning. Konvoi menyampaikan bantuan berbentuk barangan keperluan harian kepada 300 keluarga kurang bernasib baik di daerah Muar.

Kembara Jalinan Kasih : Dekati Masyarakat Kurang Bernasib Baik

Konvoi Kembara Jalinan Kasih bergerak ke Kawasan DUN Sungai Abong sejurus dilancarkan oleh EXCO Penerangan Negeri Johor YB Tuan Haji Md Jais Sarday
 Y.B. Tuan Haji Md Jais Sarday, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Johor merangkap Exco Penerangan telah menyempurnakan pelancaran dan pelepasan Konvoi Kembara Jalinan Kasih (KJK) anjuran Jabatan Penerangan Malaysia sempena Pelancaran Komuniti 1Malaysia (K1M) Negeri Johor yang turut disaksikan oleh Y.Brs. Encik Tarmidzi Hashim, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Jabatan Penerangan Malaysia.

Antara penerima sumbangan yang hadir pada Majlis Pelancaran Kembara Jalinan Kasih di Dataran Niaga, Muar, Johor

Konvoi Kembara Jalinan Kasih (KJK) yang bermula dari 29 Februari hingga 2 Mac 2012 bertujuan mempromosikan Pelancaran Komuniti 1Malaysia (K1M) Negeri Johor yang akan dirasmikan oleh Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 3 Mac 2012 di Padang Sekolah Menengah Vokasional Muar, Johor.

Konvoi KJK kali ini melibatkan 13 buah kenderaan dengan penyertaan seramai 70 peserta konvoi terdiri daripada kakitangan Jabatan Penerangan Malaysia di seluruh Semenanjung serta Sukarelawan Komuniti 1Malaysia (K1M). Konvoi akan merentasi tiga (3) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Bentayan, Sungai Abong dan Bukit Naning di bawah Parlimen Bakri, Johor.

Letchumanan tekun membaca risalah yang diedar oleh Sukarelawan K1M sempena Kembara Jalinan Kasih, Jabatan Penerangan Malaysia

Sebanyak 20,000 risalah berkaitan Pelancaran Komuniti 1Malaysia (K1M) Negeri Johor akan diedarkan kepada penduduk tempatan sepanjang tempoh KJK ini selain lawatan rumah ke rumah menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian kepada 300 buah keluarga berbilang bangsa yang kurang berkemampuan.
Bagi memeriahkan lagi program KJK ini turut diadakan persembahan PENTARAMA berbentuk hiburan bermaklumat dan tayangan Layar Bestari.

KEMBARA JALINAN KASIH MERIAHKAN PELANCARAN KOMUNITI 1MALAYSIA NEGERI JOHOR


Y.B. Dato' Abdullah Md.Ali, ADUN Bukit Naning beramah mesra bersama warga emas tertua di Kampung Parit Seri Sempadan, Muar berusia 104 tahun sempena Kembara Jalinan Kasih
Konvoi Kembara Jalinan Kasih (KJK) anjuran Jabatan Penerangan Malaysia turun padang memberikan sumbangan kepada masyarakat yang kurang bernasib baik di sekitar daerah Muar.

Usaha murni ilham Ketua Pengarah Penerangan Malaysia, Tuan Haji Ibrahim Abdul Rahman berlangsung selama 3 hari bermula pada 29 Februari sehingga 2 Mac 2012 melibatkan 3 kawasan DUN di bawah Parlimen Bakri iaitu Bentayan, Sungai Abong dan Bukit Naning.

Sukarelawan K1M membantu seorang penerima sumbangan Kembara Jalinan Kasih yang kurang upaya.
Konvoi KJK melibatkan seramai 70 peserta terdiri daripada Jabatan Penerangan Malaysia dan Sukarelawan Komuniti 1Malaysia (K1M) menaiki 13 buah kenderaan membawa sumbangan berbentuk barangan keperluan harian untuk diagihkan kepada 300 keluarga yang telah dikenalpasti oleh Jabatan Kebajikan Negeri Johor dan pemimpin setempat.

Y.B. Dato' Abdullah Md Ali menyampaikan sumbangan keperluan harian sempena Kembara Jalinan Kasih. Disaksikan oleh Tuan Haji Hamdan Haji Hasnan, Pengarah Penerangan Johor.
 Sumbangan diedarkan seawal jam 8.30 pagi oleh peserta konvoi diketuai oleh ADUN Bukit Naning, YB Dato’ Abdullah Mohd Ali dan pemimpin setempat iaitu YBhg Dato’ Saiful Bahari Shuib. Turut hadir, wakil Ketua Pengarah Penerangan, Hajah Sharifah Mariam Syed Dawilah dan Pengarah Penerangan Negeri Johor, Haji Hamdan Haji Hasnan.

Sebanyak 100 sumbangan telah diagihkan kepada masyarakat kurang kemampuan berbilang bangsa di DUN Bukit Naning. 12 kampung telah dilawati antaranya ialah Kampung Parit Tengah, Parit Baru, Parit Seri Sempadan dan Batu 14-16. Turut menerima sumbangan ialah warga emas berumur 104 tahun di Kampung Parit Seri Sempadan di sini.

Jumaat, Februari 10, 2012

PEKERJA KFC TUMBUK CINA MULUT PUAKA!!!

Dalam bulatan tu  yang kena penumbuk sulung budak Melayu

Amacam? Best tak kena tumbuk? Mulut puaka memang layak untuk ditumbuk.. Sekarang baru korang tau padahnya kalau bermain dan cuba untuk memperlecehkan bangsa Melayu.. Tak pernah serik kaum mata sepet ni. sekarang ni nak cuba lagi ker? dah lupa apa yang jadi dulu?? 13 Mei 1969???

Tengok video bawah ni:


Memang dalam video ni budak Melayu (Pekerja KFC) yang mulakan dulu, tapi takkan tiba-tiba je si cina ni kena serang tanpa sebab?? Mesti ada benda atau perkataan yang Maha besar menyebabkan budak Melayu ni naik angin dan serang pelanggan cina ni.

Adalah mustahil untuk pekerja sebuah restoran makan segera yang terkenal bertindak terburu-buru. Nak pula, pelanggan adalah segala-galanya bagi mereka.. Moh kita baca apa yang dikatakan dek budak cina mulut puaka ni dalam sidang akhbar di pejabat DAP Segambut.

"Danny Ng, 26, ketika menceritakan semula insiden tersebut berkata, beliau berasa marah kerana menunggu lama di dalam barisan pelanggan, tetapi kemudiannya diberitahu bahawa makanan yang ditawarkan itu telahpun habis. Beliau seterusnyna memarahi pekerja berkenaan dengan suara yang kuat, tetapi beliau tidak menggunakan kata-kata kesat ataupun yang bersifat perkauman."

Ini kenyataan si sepet yang kena tumbuk dengan budak Melayu KFC.. Takkan nak dengar dan bergantung pada kenyataan sebelah pihak je? Punya la ramai saksi masa tu, takkan seorang pun tak tahu apa sebenarnya punca sampai si sepet ni kena tumbuk? Yang kat bawah ni pula kenyataan dari saksi di tempat kejadian. Aku amik kat http://www.papagomo.com/2012/02/cibai-punya-melayu-bangkitkan-kemarahan.html


Korang nilailah sendiri mana yang betul mana yang salah. Kalau betul perkataan "Cibai Punya Melayu" yang cina ni cakap. Aku sendiri sangat-sangat menyokkong tindakan pekerja KFC Melayu ni.. memang berpatutan kena tumbuk budak cina ni. sebab tu peribahasa Melayu ada sebut "Sebab Mulut Badan Binasa".. sekarang dah terbuktikan?

Cubalah lagi kalau tak percaya..yang pastinya. takkan ada yang terlepas daripada apa tindakan sekali pun.. sama ada dari aspek undang-undang atau tak kalau kita berani menghina bangsa lain.

P/S: tunggu apa tindakan pak polisi kita untuk kes ni...

Jumaat, Februari 03, 2012

MELAYU MEREMPAT DI BUMI SENDIRI!!!


Apalah nak jadi dengan bangsa aku ni..yang sedia ada sekarang ni pun dah makin teruk..tambah pulak dengan perpecahan demi perpecahan yang timbul sekarang ni.. Lama-kelamaan, bangsa yang aku sayangi ni pasti akn terus berkubur ditelan masa.

Senario politik Malaysia sekarang ni jauh sangat berbeza dengan apa yang kita tahu dulu.. kalau dulunya orang merasakan UMNO itu lah satu-satunya yang memperjuangkan bangsa Melayu.. tapi hakikatnya kini, tanggapan itu mula luntur dan pudar.. terutamanya pada generasi muda belia hari ini. memang benar, pendidikan dan pelajaran yang diberikan kerajaan dengan pelbagai bantuan telah mematangkan anak bangsa dan rakyat Malaysia. Namun, dalam dunia politik segalanya berbeza.. yang kawan jadi lawan bahkan bisa juga menjadi sebaliknya...

Hari ini, lebih meruncing untuk survival bangsa Melayu.. terdapat segilintir pihak yang cuba untuk merosakkan kesatuan Melayu itu sendiri sama ada secara terang-terangan atau sembunyi.. tak dapat dinafikan bahawa, kejadian ini sebenarnya berpunca daripada orang Melayu itu sendiri. Pantang ada rasa tak puas hati, esok lusa wujudlah parti baru.. kalau semuanya berperasaan macam ni sampai bila-bila pun takkan tercapai hasrat untuk bersatu. Jangan salahkan orang lain kalau kita tak mampu untuk bersatu dan masyarakat Melayu merempat di bumi sendiri..

Bukannya tak ada usaha ke arah penyatuan, tetapi ideologi politik, falsafah dan prinsip diri membuatkan usaha penyatuan ini terus hanyut tanpa kesudahan. pelbagai pihak tampil mengaku memperjuangkan hak dan keistimewaan bangsa Melayu. tapi hakikatnya, lebih bermotifkan diri sendiri dan keinginan parti semata-mata.. parti sepatutnya menjadi alat memperjuangkan survival bangsa.. namun, keadaan jadi sebaliknya bila bangsa dijadikan alat bagi melonjakkan nama dalam parti yang dinaungi..

Berapa lama untuk bersatu??? mungkin kesedaran itu timbul setelah Melayu berkubur.