Ahad, April 29, 2012

Raptai Penuh: Pelancaran Kembara Jalinan Kasih di Gua Musang

Tinggal sehari saja lagi!!!

Kembara Jalinan Kasih (KJK) Jabatan Penerangan Malaysia akan dilancarkan oleh YB Datuk Paduka Norzula Mat Diah, ADUN Paloh di Padang Awam Paloh 3, Gua Musang, Kelantan pada 30 April 2012 jam 9 pagi.

Konvoi KJK ini akan menjelajah ke 3 kawasan DUN iaitu Nenggiri, Paloh dan Galas untuk menyampaikan sumbangan kepada golongan yang kurang berkemampuan sempena Karnival Komuniti 1Malaysia (K1M) Negeri Kelantan yang akan diadakan pada 3 hingga 5 Mei 2012 di Padang Pusat Sivik, Gua Musang.

Sebanyak 500 sumbangan berupa barangan keperluan harian akan disampaikan kepada para penduduk. Sumbangan seperti ini diharapkan mampu untuk meringankan beban dan keperitan yang dialami oleh keluarga-keluarga kurang berkemampuan di kawasan Gua Musang ini.

Persiapan bagi pelancaran KJK ini juga telah disusun rapi bagi memastikan setiap perancangan berjalan dengan lancar.

Petugas bertungkus-lumus memastikan program pelancaran KJK berjalan lancar.


Para petugas mengikut arahan yang diberikan bagi memastikan program yang dilaksanakan dapat memberikan impak kepada golongan sasar dan mencapai objektif yang digariskan.


Urusetia KJK memberi penerangan tentang perjalanan program KJK esok.

Konvoi KJK yang diadakan selama 3 hari ini melibatkan seramai 40 orang petugas dan sebanyak 10 buah pacuan 4 roda. Semoga program seperti ini dapat memberikan manfat yang besar seterusnya meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan di kawasan Gua Musang.

Penduduk Paloh 3, Gua Musang dijemput hadir beramai-ramai ke majlis ini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan