Ahad, April 29, 2012

Karnival Komuniti 1Malaysia (K1M) Negeri Kelantan


Karnival Komuniti 1Malaysia (K1M) kembali lagi!!! Kali ini di Gua Musang, Negeri Kelantan yang akan diadakan bermula 3 hingga 5 Mei ini. Labih manis buat rakyat di Negeri Kelantan amnya dan Gua Musang khususnya apabila YAB Perdana Menteri Malaysia bersetuju untuk hadir seterusnya merasmikan  karnival yang akan berlangsung selama 3 hari ini.

Ketika ini, persiapan sedang giat dijalankan seperti pembersihan tapak karnival di Padang Pusat Sivik, Gua Musang dan kerja-kerja mendirikan khemah pameran. Segalan persiapan berjalan dengan teratur dan mengikut jadual yang ditetapkan.

Seperti kebiasaannya, Karnival K1M ini akan menyajikan pelbagai aktiviti menarik kepada penduduk di kawasan Gua Musang seperti gerai pameran dan jualan produk Komuniti 1Malaysia Negeri Kelantan, Konsert PENTARAMA, Kembara Jalinan Kasih (KJK), Persembahan Dikir Barat, Senam Seni 1Malaysia, Persembahan Muay Thai dan Pertandingan Wau Cantik.

Program untuk kanak-kanak turut dimuatkan dalam karnival kali ini. Antaranya pertandingan mewarna, sukan rakyat dan sebagainya. Pendek kata, semua program yang disajikan sesuai untuk setiap golongan dan peringkat umur.

Jemput semua hadir untuk memeriahkan karnival ini yang dianjurkan khusus untuk kepuasan anda.

Jumpa di sana!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan