Jumaat, Februari 03, 2012

MELAYU MEREMPAT DI BUMI SENDIRI!!!


Apalah nak jadi dengan bangsa aku ni..yang sedia ada sekarang ni pun dah makin teruk..tambah pulak dengan perpecahan demi perpecahan yang timbul sekarang ni.. Lama-kelamaan, bangsa yang aku sayangi ni pasti akn terus berkubur ditelan masa.

Senario politik Malaysia sekarang ni jauh sangat berbeza dengan apa yang kita tahu dulu.. kalau dulunya orang merasakan UMNO itu lah satu-satunya yang memperjuangkan bangsa Melayu.. tapi hakikatnya kini, tanggapan itu mula luntur dan pudar.. terutamanya pada generasi muda belia hari ini. memang benar, pendidikan dan pelajaran yang diberikan kerajaan dengan pelbagai bantuan telah mematangkan anak bangsa dan rakyat Malaysia. Namun, dalam dunia politik segalanya berbeza.. yang kawan jadi lawan bahkan bisa juga menjadi sebaliknya...

Hari ini, lebih meruncing untuk survival bangsa Melayu.. terdapat segilintir pihak yang cuba untuk merosakkan kesatuan Melayu itu sendiri sama ada secara terang-terangan atau sembunyi.. tak dapat dinafikan bahawa, kejadian ini sebenarnya berpunca daripada orang Melayu itu sendiri. Pantang ada rasa tak puas hati, esok lusa wujudlah parti baru.. kalau semuanya berperasaan macam ni sampai bila-bila pun takkan tercapai hasrat untuk bersatu. Jangan salahkan orang lain kalau kita tak mampu untuk bersatu dan masyarakat Melayu merempat di bumi sendiri..

Bukannya tak ada usaha ke arah penyatuan, tetapi ideologi politik, falsafah dan prinsip diri membuatkan usaha penyatuan ini terus hanyut tanpa kesudahan. pelbagai pihak tampil mengaku memperjuangkan hak dan keistimewaan bangsa Melayu. tapi hakikatnya, lebih bermotifkan diri sendiri dan keinginan parti semata-mata.. parti sepatutnya menjadi alat memperjuangkan survival bangsa.. namun, keadaan jadi sebaliknya bila bangsa dijadikan alat bagi melonjakkan nama dalam parti yang dinaungi..

Berapa lama untuk bersatu??? mungkin kesedaran itu timbul setelah Melayu berkubur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan