Selasa, Mac 23, 2010

"MANUSIA" buang bayi sendiri


Perlakuan membuang bayi sudah sering kita dengar sejak akhir ini. Kisah sedih ini terpampang di dada-dada akhbar dan semua media massa. Anak kecil ini dibuang sesuka hati tanpa rasa bersalah di dalam tong sampah, ditinggalkan di luar masjid dan sebagainya. Lebih kejam lagi dicampak ke dalam tong sampah dan dibakar sehingga hangus.. Terbaru, seorang bayi perempuan ditinggalkan di kawasan semak belakang pasar raya dalam keadaan basah kuyup.. Apalah nasib bayi kecil ini, lahirnya tidak dipinta.. Ibu bapa "sedap" menghasilkannya, benih yang terhasil dibuang begitu sahaja..


Senario gejala tidak bermoral ini berlaku adalah disebabkan oleh beberapa faktor terutamanya yang melibatkan generasi muda kita pada hari ini. Generasi muda dilihat lebih mudah terikut-ikut dengan budaya barat dengan mengamalkan seks bebas. Inilah antara punca utama kepada peningkatan jumlah pembuangan bayi dari tahun ke tahun.


Terdapat kajian yang mengatakan bahawa sebanyak 27% daripada remaja kita hari ini terlibat mengamalkan seks bebas atau luar nikah. Ini dikukuhkankan lagi melalui statistik yang dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu. Bilangan ini meningkat 762 kes berbanding 2008 seramai 16,541 manakala seramai 16,100 orang pada 2007 .


Pelbagai pihak perlu memainkan peranan masing-masing bagi membendung gejala ini daripada berleluasa. Contohnya, ibu bapa perlu mengambil tahu setiap gerak langkah anak mereka. Hidupkan kembali suasana ceria dan sejahtera dalam keluarga yang sudah semakin hilang. Langkah ini sedikit-sebanyak dapat mengelakkan perkara yang tidak bermoral ini daripada terus berlaku.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan