Selasa, Oktober 11, 2011

Khalid Terkedu Sultan Sokong JAIS...

Terkedu MB Selangor apabila Sultan Selangor dalam titahnya mengatakan bahawa tindakan pemeriksaan JAIS ke atas gereja di Damansara Utama sebelum ini adalah betul dan mengikut peraturan..

Menguatkan lagi tindakan JAIS itu apabila Tuanku Sultan menitahkan Majlis Agama Islam Negeri Selangor (MAIS) dan JAIS memantau rapi serta mengambil tindakan sewajarnya tanpa teragak-agak selaras bidang kuasa yang diperuntukkan kepada kedua-dua agensi ini.

Dek kerana nak tutup malu, MB 'pilihan' rakyat Selangor ni pun terus mewujudkan satu jawatankuasa khas yang katanya untuk memperkasakan SOP JAIS dalam usaha memantau cubaan untuk memesongkan akidah umat islam dengan teliti dan berkesan.

Sebelum ni bukan main lagi JAIS dihentam bertubi-tubi. Seolah-olah tindakan JAIS tu salah dan tak tepat. Sekarang Sultan dah bertitah.. lawan la kalau berani...

Tak sabar tok nak tengok komen daripada hero-hero politik yang sebelum ni begitu hebat menghentam tindakan JAIS. Takkan senyap je kot??? Komen la sikit....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan