Isnin, September 19, 2011

Derita Amoi Saloon....

Baru-baru ni tok sempat teman member  pergi ke saloon  untuk cuci rambut di pantai timur.. kebetulan pulak masa tu memang ade kerja kat luar.. jadi sambil tunggu tok pun sempat la berborak-borak ngan owner kedai tu.. mula-mula owner ni macam sorok-sorok la nak cerita sebab takut tok ni orang tempatan. mungkin takut terkesan kat perniagaan dia kot..

bila dia tahu je tok orang luar dari negeri dia tu terus dia buka cerita tentang ketidakpuasan hati dia dengan apa yang dorang alami..  kalau ikut apa yang si amoi ni bagi tahu, dorang ni selalu rasa terpencil dan tak selamat.. sebab dorang ni kira kaum minoriti di kawasan bandar ni..

Amoi ni beriya-iya cerita yang sekolah cina kat kawasan ni pun penuh dengan kaum melayu..sampaikan subjek semuanya diajar dalam bahasa melayu kecuali matapelajaran bahasa cina la. dia kata budak-budak melayu kat sekolah tu selalu buli pelajar cina..tapi cikgu tak berani nak ambil tindakan sebab majoriti kat sekolah tu kaum melayu..

Penat cerita pasal masalah kat sekolah..amoi ni cerita pulak pasal kebebasan berpakaian dan pergaulan.. dia kata kat negeri ni susah sikit..semua nak kena pakai yang elok-elok.. tak boleh pakai yang mencolok mata.. orang mesti pandang je kalo pakai yang seksi.. terus amoi ni salahkan islam... tapi tok relaks je.. sebab tok tau yang amoi ni  tak diberi pendedahan dan pemahan yang jelas tentang islam tu..

sebenarnya masalah ni takde la besar mana pun.. cuma masalah yang tak besar ni lah yang perlu diselesaikan secepat mungkin..takut nanti merebak jadi besar dan tak boleh dikawal atau dipulihkan.. pemahaman tentang agama islam perlu diperjelaskan dan terangkan.. kenapa larangan-larangan tu dibuat.. yang bagus nya amoi ni mengaku yang larangan ni untuk orang islam saja..cuma dorang rasa terkesan sebab kekadang dorang pun tak pasal-pasal dilibatkan dalam operasi jabatan agama negeri tu.. cuma bila dah tersilap serbu jabatan agama ni minta maaf dan lepaskan dorang lar.. yang ni amoi tu takde la komen atau marah pun..

kita orang melayu ni jangan tahu nak mengamuk je kalau bangsa lain komen atau luahkan ketidakpuasan hati dorang.. kita kena renung dan fikir semula..sebab kita kan tinggal dalam negara yang berbilang kaum..jadi semua perlu saling memahami antara satu sama lain.. penjelasan perlu diberi untuk setiap tindakan yang dilakukan sekiranya menyebabkan sesuatu pihak berasa tidak selesa.. jangan guna kekerasan sebab agama islam tak pernah ajar macam tu..

pada kaum bukan melayu, jangan risau tinggal di negara ni sebab semuanya selamat dan sejahtera..anda bebas melakukan apa sahaja selagi tidak bertentangan dengan undang-undang dan yang utamanya tidak sesekali mengguris perasaan kaum melayu.. sekian....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan