Isnin, Ogos 01, 2011

Ramadhan Datang Lagi....


Indah sungguh bulan ini
Setiap malam penuh seri
Bulan Ramadhan penuh erti
Syaitan semua cabut lari

Bila syaitan semua tak ada
Anak Adam semua gembira
Tapi jangan kita lupa dan leka
Takut kita pula isi tempatnya

Puasa baru sehari
Tapi ramai dah mula 'jolly'
Jangan sampai lupa diri
Ramadhan sia-sia Aildilfitri tak bererti

Hidup ini hanya sementara
Gunakanlah Ramadhan ini seadanya
Selamat Berpuasa untuk semua
Semoga diberkati kekal selamanya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan