Selasa, Ogos 09, 2011

GEMPAR!!! NAJIB UMUM, PENJAWAT AWAM RAYA AWAL!!!


Datuk Seri Najib menceriakan sambutan raya 1.27 juta penjawat awam di negara ni dengan pengumuman bonus setengah bulan gaji semalam.. memang raya tak ingat lar nampak gayanya.. bukan setakat penjawat awam..yang dah berpencen pun dapat duit jugak kerajaan bagi.. untung betul kali ni untuk pesara sume.. duit pencen dapat duit raya pun dapat..bertuahnya badan.... terima kasih untuk Najib dan kerajaan..

Hari ni adalah hari paling efektif untuk penjawat awam.memang memuncak prestasi hari ni sebab dapat bonus raya ni..heheheh... tok harap bukan setakat hari ni je lah..biarla berterusan sampai bila-bila... sebab kalau kerajaan tak bagi bonus pun tetap juga kena kerja dengan tekun dan efektif..

satu lagi, harapnya takde la pengumuman atau sidang media dari mana-mana pihak yang 'tetiba' nak naikkan harga barang atau komoditi.. alasan standard tak mampu untuk tampung harga kos yang meningkat.. haish... selama hari ni tak meningkat pula kos tu.. dan-dan penjawat awam dapat bonus pula yang harga kos meningkat.....

tak perlu naikkan harga sebab peniaga semua pun dapat 'bonus' daripada penjawat awam.. duit bonus dorang dapat tu mesti dorang guna untuk membeli-belah.. secara tak langsung bonus tu sebarnya untuk peniaga kat Malaysia ni.. jadi, ni la yang dikatakan sama rata sama rasa....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan