Jumaat, Julai 08, 2011

Gadis zaman sekarang....

Bila sebut saja perkataan gadis terus kita terbayang seorang perempuan yang berwajah cantik, montok, pinggul lentik dan bermacam-macam lagi kriteria yang diidamkan oleh lelaki...

ada juga lelaki yang tak menjadikan kriteria ini sebagai garis panduan memilih gadis idaman. cukup sekadar yang berperwatakan biasa, mempunyai pegangan agama dan berbudi bahasa.... memang beruntung la dapat bakal suami macam ni... memang lelaki melayu terakhir kalau ada sifat macam ni..... tapi tok nya pilihan mestila hanya yang terbaik dari ladang....heheheheh

dunia moden sekarang ni dah mengubah segalanya.. dulunya lelaki yang memilih tapi sekarang si gadis yang lebih.. nak lelaki yang bergaya, paras rupa kriteria utama... alasannya tak nak nanti anak tak comel macam bapak......heheheheh... lelaki yang dah kahwin sasaran #1. alasannya dah 'established'... duit semua dah ada.. kalau tak ada takkan boleh kahwin....hmmmmm

tok dengar ada pulak 'trend ' terbaru sekarang ni.. tunang dengan orang lain tapi tetap ada 'boyfren'!!!!!! macam mane la tu eh?? alasannya tunang tak tahu dan tak kisah saya ada ramai kawan lelaki..... pokoknya sekarang ni, tunang anda hanya tahu pasai ramai kawan lelaki.. bukan nya tahu anda ada teman lelaki..... kesian kat orang yang nasib macam ni.. tak kisahlah lelaki ke perempuan.. kalau buat macam ni memang hampeh la tu....

bukan ke kena ada kesetiaan?? baru la datangnya kebahagiaan...... kawan biar beribu tapi bercinta dan setia pada yang satu...heheheheh

tok bangkitkan isu ni bukannya apa.. sekadar mengingatkan je.. sebab perempuan terutamanya mempunyai tempat yang begitu tinggi di hati lelaki....

wassalam.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan