Khamis, April 15, 2010

Petua utk Kahwin tak CERAI???

"Perbuatan halal yang dimurkai Allah ialah talak"
Riwayat Abu Daud dan Hakim





Ayat Al-Quran dan Hadis di atas ini dengan jelas memberikan kita penjelasan bahawa perceraian merupakan suatu perkara yang paling dibenci oleh Allah swt.

Agama Islam tidak mengalakkan umatnya bercerai berai, kerana ia akan mengakibatkan implikasi yang negatif kepada pasangan itu sendiri, anak-anak, keluarga mahupun masyarakat amnya.




Bila kita tengok2 balik, rupe-rupenya ramai artis-artis kat Malaysia sekarang ni yang bercerai berai.. Kahwin kadang2 tak sampi 3tahun,dah bercerai-berai..alahai..apelah nk jadi agaknye kan? Tapi,kalu nk diikutkan, artis pun manusia biasa..ramai je yg bukan artis kahwin tapi cerai jugak..cuma bezanya kes-kes macamtu tidak dipaparkan dalam media je sbb bukan artis kan?

Hmm..Perkahwinan zaman kini sudah bukan menjadi suatu benda yang series dah. Kahwin atas dasar nafsu dan perasaan agaknye kan..Kahwin arini, tahun depan dah boleh jangka akan bercerai..sampai macamtu skali persepsi masyarakat kita pd hari ni.
Ape petua2 dan nasihat2 yang kita boleh kongsikan untuk pasangan-pasangan yang bakal menempuhi alam rumahtangga ni eh??

Mungkin kita kena ikut balik macam zaman mak ayah kita yang ketika dahulunya kahwin kerana pilihan datuk dan nenek mereka?atau mungkin elakkan kahwin
dengan selebriti??atau kahwin dan mengamalkan petua-petua kekalkan rumahtangga seperti ceramah yang selalu diberikan oleh pakar motivasi Dato' Fadzilah Kamsah (Astro,Ch106-Oasis)...

Kadang-kadang bila dengar petua dan nasihat yang diberikan, barulah trase macam betul jugak aper yang dinasihatkan tu..mungkin masyarakat kita pada hari ini terlalu leka dengan mengejar harta benda duniawi sampai lupa nak melaksanakan tanggungjawab kepada keluarga..
Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu menghadapi segalanya bakal menjulang kebahagiaan.

Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.2. Patuh ajaran agama.3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.



9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/ berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan. 15. Tolak-ansur. 16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.


25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.


29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan ‘pasangan’.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:

(a) Mental, pendidikan dan ilmu(b) Emosi(c) Fizikal dan ekonomi(d) Sosial(e) Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.


55. Memberi peluang untuk berbeza:
(a) Pendapat atau pandangan(b) Hobi(c) Kegemaran(d) Makanan(e) Cita rasa(f) Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.


Semoga petua dan nasihat yang diberikan dapat memberikan kalau tak banyak, sedikit input kepada kita semua.. Wallahualam..


1 ulasan:

  1. Cantik n padat info utk blog yg tajuk ni kan???
    huhuu

    BalasPadam